Halaman

Rebut Kasih Ibu Bapa

Posted on 18.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Ibu bapa sangat berjasa kepada anak-anaknya. Tidak pernah kenal erti lelah, letih, susah, payah dan pelbagai lagi. Mengasihi anaknya seperti ‘menatang minyak yang penuh’. Mengikut adat dunia, adanya mereka hadirlah kita di muka bumi Allah SWT ini.

Selaku anak sentiasa menghormati dan patuh akan kata-kata mereka selagi mana perkara itu tidak pernah melanggar syariat yang telah Allah tetapkan. Mematuhi perintahan mereka lagi-lagi perkara itu adalah suruhan Allah SWT.


Maksudnya :- “Dan (sebaliknya amatlah derhaka) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajakkannya beriman) : ‘Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal berbagai-bagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik lagi)?’

Sambil mendengar kata-katanya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu) : ‘Selamatkan dirimu! Berimanlah (tentang hidup) semula menerima balasan amalan)! Sesungguhnya janji Alla tetap benar’. Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya) : ‘Semua itu hanyalah cerita-cerita dongen orang-orang dahulu kala’!

Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi”
. [Al-Ahqaf; 46:17-18]

Menjauhi perkara-perkara yang membolehkan mereka terasa hati. Allah SWT berfirman di dalam kitabnya :-


Maksudnya :- “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [Al-Isra’; 17:23]

Mengaturkan kata-kata semanisnya bagi memastikan perkataan yang terkeluar dari mulut sedap didengar. Lidah digerak selembut-lumbutnya untuk menunjukkan kerendahan gaya percakap yang lemah lembut.


Tarikh Lahir

Kebanyakkan daripada kita pasti mengambil peluang untuk melakukan salah satu perkara bagi mengucapkan tarikh lahir kepada ibu bapa. Ibu bapa insya-Allah pasti merasakan mereka sentiasa dihargai.

Ada juga di antara yang mempunyai wang lebih sanggup memberikan hadiah kepada mereka. Menggadaikan kelaparan hanya sehari dua untuk berjasa walaupun perkara ini tidak sepadan dengan jasa mereka. Ibu bapa boleh diibaratkan lilin yang member sinar kepada kita sanggup membakar diri mereka untuk kesenagan kita.

Mengukur kepada kemampuan diri sendiri tetapi yang paling penting hargailah mereka. Walaubagaimanapun mereka itu tetap ibu bapa kita. Pernah sesekali kita pernah terlupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka. Bukan kerana sengaja tetapi kita terlupa sudah tentu ada sedikit mereka berasa kecil hati.

Jangan berputus asa atas kelalaian itu. Cuba fikirkan perkara yang tidak pernah adik beradik kita lakukan bagi menggembirakan mereka. Salah satu perkara yang kami lakukan mengkaji tarikh lahir ibu bapa dalam tahun hijrah atau Islam. Insya-Allah kitalah yang akan melakukan perkara luar biasa bagi mereka.

Banyak umat Islam sudah tidak berapa pedulikan tahun Islam ini. Insya-Allah selaku ibu bapa akan berasa sangat bangga dengan seorang anak yang menghargai mereka peraka yang luar biasa. Jika kita masih bersama mereka berbaktilah. Jika mereka memarahi kita dan memenangkan adik beradik lain bukanlah mereka tidak adil, tapi mereka sayangkan kita.

Mereka mengarahkan kita patuhlah untuk didikan bagi diri kita. Renungkan wajah ibu bapa kita yang sanggup mencari wang semata-mata untuk memberikan kepada kita pendidikan. Pendidikan agama yang utama bagi mereka dan tidak lepas juga pendidikan dunia.

Ibu bapa mana tidak mengasihi dan menyayangi anaknya sendiri. Inginkan kita bahagia di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Sudah tentu banyak jasa mereka tidak terhitung untuk dibalas. Semampu untuk kita lakukan adalah mendoakan juga akan mereka sentiasa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat :-


Maksudnya :- “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”. [Al-Baqarah; 2:201]