Halaman

Bahasa Arab

Posted on 11.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang unik dan berbeza dengan perlbagai bahasa yang ada di dunia ini. Kalam Allah iaitu al-Quran al-Karim juga dalam bahasa Arab. Dari kecil lagi telah di didik mempelajari bahasa Arab.

Kebanyakan sekolah agama di setiap negeri dalam Malaysia mempelajari ilmu bahasa Arab. Melatih pelajar bagi mendalami ilmu bahasa Arab serta melatih cara berkomunikasi dengan betul dan baik. Bahasa Arab bahasa yang kaya dengan banyak perkataan seerti.

Pergi kepada peringkat menengah pula ada subjek khusus mempelajari dan menduduki peperiksaan. Dari tingkatan satu sehingga tiga pelajar mempelajari Bahasa Arab Komunikasi yang menekan tentang asas-asas bahasa Arab. Dalam persekolah menengah biasa juga mengkhususkan dan mengasingkan pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab dengan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran ini.

Menuju ke peringkatan yang lebih tinggi iaitu tingkatan empat dan lima pelajar boleh memilih untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi. Bagi pelajar yang bersekolah di sekolah agama rakyat terutama di negeri Kelantan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi.

Sistem pengajiaan di Malaysia banyak mendidik masyarakat cinta dan kasihkan ilmu. Ada sesetengah masyarakat tidak berapa mengatahui tentang sistem pengajian yang di panggil Pengajian Pondok. Kebanyak ulama di Malaysia menimba ilmu melalui sistem pondok.

Tidak juga dinafikan orang Malaysia yang bukan mengaji dengan sistem pengajian pondok tiada menjadi ulama. Maksud di sini sistem lebih mendalami dan teliti. Pengajian kitabnya dari awal kulit ke akhir kulit. Sistem ini boleh juga dikatakan dengan sistem pengajian secara bertalaqqi menghadap antara guru dan murid. Setiap huruf, perkataan, baris, perenggan, bab dan tajuk tidak ketinggal untuk dihuraikan tenaga pengajar.

Kemahiran bahasa Arab ini akan boleh kita mengetahui selok belok serta memahami pelbagai isi yang terkandung di dalam kitab. Kitab asas tatabahasa Arab di pelajari oleh pelajar yang mengaji pengajian sistem pondok ialah Kitab Matan al-Ajrumiyyah. Di awal kitab ini Sheikh Muhammad bin Muhammad as-Sunhaji ada mengukirkan satu rangkap syair :-


Ertinya :- “Ilmu nahu (tatabahasa Arab) lebih utama mula di pelajari. Apabila tiada nahu pada perkataan tidak boleh di fahami”.

Orang yang mendapat dan mempunyi ilmu ini pengharapan masyarakat terhadapnya sangat tinggi. Mengetahui ilmu bahasa Arab sampaikanlah kepada sekalian manusia. Di hadapan kulit Kitab Matan al-Ajrumiyyah ini juga tertulis hadith yang di sabda oleh Rasulullah s.a.w :-


Ertinya :- “Belajarlah kamu bahasa Arab dan mengajarlah ia kepada manusia”.


Markaz Bahasa

Beralih kepada pusat pengajian bahasa Arab di luar dari negara Malaysia. Di Mesir kebanyakan pelajar Malaysia yang menuntut ilmu mempelajari bahasa Arab di Pusat Pengajian Bahasa Arab iaitu Markaz Nile (Nile Centre). Markaz ini di tadbir oleh bangsa negara Turki.

Walaupun pentadbiranya di uruskan oleh bukan bangsa Arab sendiri tetapi semua tenaga pengajarnya berbangsa Arab Mesir. Insya-Allah di dalam kelas pengajian tidak menggalakkan pelajarnya menggunakan bahasa Arab pasar (Ammi). Pelajar yang sudah memasuki Universiti al-Azhar tidak semua mempelajari bahasa Arab di markaz ini. Untuk menuntut di Markaz ini tidak kira umur dan akan di beri keistimewaan kepada pelajar Universiti al-Azhar.

Bermula pada tahun 2009 sehingga 2012 banyak yang berubah dari segi pembayaran yuran. Di sini menerangkan harga yuran pengajian di Markaz Nile bagi pelajar Universiti al-Azhar dan yang bukan pelajar Universiti al-Azhar :-


Kelas pengajiannya mengikut peringkat. Kuantiti atau bilangan pelajar di tetapkan setiap bilik kelas sekurang-kuranya tujuh orang dan tidak boleh melebihi 12 orang pelajar. Mengikut masa pengajian pula dua jam setiap hari dan lima hari bagi tiap minggu.

Menghabiskan pengajian di Markaz Nile akan memakan masa hampir 15 bulan atau lebih kurang setahun setangah. Sebelum memasuki markaz ini akan menduduki peperiksaan untuk menentukan peringkat kelas. Peringkat paling tinggi yang boleh di duduki setelah peperiksaan adalah peringkat tujuh sahaja.

Semua peringkat pengajian menpunyai 15 bilangan kelas termasuk kelas komunikasi iaitu latihan lisan dan bercakap. Peringkat tersebut :-




Kenangan Minum Air

Pusat Pengajian Bahasa Arab yang di beri nama Markaz Nile ini bukan sahaja pelajar dari Benua Asia sahaja yang menuntut di situ malah banyak lagi pelajar lain. Di antara pelajar yang ada belajar di situ ialah pelajar dari negara Turki, Tajikistan, Rusia, China, Thailand, Amerika, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain lagi.

Sewaktu rehat di antara dua jam pengajian melihat ada seorang pelajar meminum air mineral sambil duduk yang telah di sediakan oleh pihak pentadbiran markaz. Kemudian ditanya oleh seorang pelajar berumur 10 tahun yang berasal dari Tajikistan, ‘kenapa orang tadi meminum air sambil duduk’?

Ustaz terus menerangkan inilah adab di dalam Islam yang diajarkan kepada kita oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita juga dilarang makan dan minum menggunakan dengan tangan sebelah kiri. Pada suata masa dahulu Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-


Ertinya :- “Rasulullah s.a.w melarang meminum sambil berdiri”. [Riwayat Muslim]


Ertinya :- “Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila kamu minum, minumlah dengan tangan kanan. Maka sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”. [Riwayat Muslim]