Halaman

Mencatat Hutang

Posted on 17.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Hutang perkara yang melibatkan dua pihak berbeza. Insya-Allah kita memperbincangankan perlukah kita menulis atau membuat suatu catatan ketika memberi hutang atau berhutang.

Di dalam Islam sendiri Allah SWT menyarankan kepada kita semua supaya berhati apabila berlaku muamalat antara manusia hendaklah kita mencatatkannya. Melihat fitrah manusia itu sendiri sentiasa lupa akan sesuatu perkara.

Mari kita menghayati satu ayat yang paling panjang di dalam al-Quran :-


Ertinya :- “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang pemiutang (yang diberi tempoh) hingga kesatuan masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu menrencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas).

Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat mengerjakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadap dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.

Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika seorang lupa (dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu) maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.

Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil (menjadi saksi). Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.

Dan demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesame kamu, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.

Dan adakah saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah mana-mana juru tulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasiq (derhaka) yang ada pada kamu.

Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ingatlah, Allah (dengan keterangan ini) mengajarkan kamu dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
. [Al-Baqarah; 2:282]


Harap para pembaca sudah cukup jelas dengan apa yang telah Allah SWT huraikan kepada kita, Insya-Allah. Semoga kita mula mengambil berat tentang perkara ini kerana ia adalah kalam Allah SWT. Selamat beramal kepada umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.