Halaman

Dipermudahkan Urusan

Posted on 2.6.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Kisah Nabi Musa AS

Pada zaman Nabi Musa AS, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS pergi kepada Fir’aun kerana Fir’aun adalah seorang Raja yang kejam dan telah melampaui batas. Oleh kerana perkara yang ditugaskan kepada Nabi Musa AS amat besar, maka Nabi Musa AS merayu kepada Allah SWT supaya dilapangkan dada sehingga Nabi Musa AS dapat menghadapi segala rintangan dengan hati yang tabah.

Nabi Musa AS juga memohon kepada Allah SWT supaya beliau menjadi seorang yang fasih (lancar) berbicara, mudah difahami oleh orang ramai dan dapat mematahkan segala hujah-hujah lawan yang batil.[1] Mari sama-sama kita renungkan kisah Nabi Musa AS, kita boleh juga memohon dengan lafaz apa yang di lafazkan oleh Nabi Musa AS di dalam Surah Toha, ayat 25 hingga 28 :-


Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]


Doa Mudah Urusan

Dan kita boleh menambahkan lagi doa ini :-


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."[2]


Sumber :-

[1] Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur'an ; Darul Fikr.

[2] Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ; Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, Edisi Kedua (Dikemaskini)