Halaman

Sebelum Tidur Malam

Posted on 13.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Tiupan angin ketika musim sejuk di bumi Kinanah membawa udara dingin menusuk ke dalam liang roma. Rasa kesejukan terasa sehingga ke tulang. Menutupi tubuh dengan pakaian berlapis-lapis serta tebal.

Tambah pula dengan selimut tebal bagi mengelakkan rasa kesejukan. Lihat pemandangan cahaya yang cerah semakin hilang dan gelap datang tiba. Suhu turut makin menurun menandakan udara kesejukan. Tiap nafas terlihat asap kesejukan.

Dari siang tidak bertemu mata bersama sahabat serumah yang melakukan aktiviti masing-masing. Tiba waktu malam masa bertemu hadir dengan rasa gembira. Senyuman para sahabat menjadi pengubat keletihan diri.

Sambil berborak antara kalangan sahabat serumah merancang aktiviti bagi menghilangkan kebosanan. Perut terasa lapar mendatangkan idea untuk melakukan aksi tukang masak profesional. Lagak seperti tukang masak terhandal mesti ada punyalah.

Kebiasaan waktu malam menu masakan mesti ringan-ringan sahaja. Menu makanan dan minuman yang pernah kami sama-sama lakukan :-
-Lempeng Kelapa (pek nga).
-Roti Jala.
-Curu Udang segera.
-Cucur Bom (isi bawang).
-Mee Goreng.
-Maggi Goreng.
-Balah Goreng (kuram basha di celup dengan tepung)
-Kuih Ketayap.
-Mini Burger Goreng.
-Air Milo.
-Air Nescafe.
-Air Kopi.
-Air Teh.

Setelah melakukan pemprosesan memasak, juadah di hiding dan bersama-sama menjamu selera. Selaku seorang muslim yang sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah melakukan perkara beradap ketika menjamu selera. Memulakan dengan bacaan doa :-


Ertinya :- “Wahai Tuhan kami berkatilah kami dengan rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkan kami dari azab api neraka”.

Penat, letih, susah dan senang diharungi bersama bagi menjalinkan lagi hubungan yang telah terbina sekian lama. Bagi yang jauh semakin dekat dan yang dekat semakin rapat. Kalimah nasihat menasihati sesema sahabat serumah diwawarkan sambil menjamu selera.

Mengatur perancangan untuk hari esoknya. Kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Segala perkara yang akan ada hikmah di sebalik kejadian. Setelah selesai makan dan minum sama-sama mengalunkan doa selepas makan pula :-


Ertinya :- “Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan telah menjadikan kami orang islam”.


Solat Sunat Witir

Solat Witir bagi pandangan Imam Muhammad bin Idris as-Syafie dan jumhur ulama hukum melakukannya adalah sunat yang dituntut (muakkadah). Berbeza pada pandang Imam Abu Hanifah bin Nu’man yang menyatakan bahawa solat witir hukum melakukannya adalah wajib.

Dalam mazhab hanafi melakukan solat witir adalah wajib. Usul fiqh hanafi ada membezakan fardu dan wajib. Sebagai contoh perkara yang fardu adalah solat lima waktu sehari dan perkara yang wajib adalah solat witir.

Solat witir dilakukan sebelum kita tidur malam. Kita boleh melakukan sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 rakaat. Bilangan melakukan solat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh hukumnya. Solat witir ini adalah solat ganjil dan Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Wahai ahli al-Quran! Tunaikanlah (solat) witir (ganjil), maka sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai kepada yang ganjil”. [Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]

Bacaan ketika melakukan solat witir selepas membaca surah al-Fatihah ada Saidatina Aishah isteri Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa :-


Ertinya :- “Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca pada rakaat pertama dari solat witir dengan membaca surah pembuka kitab (al-Fatihah) dan membaca surah al-A’la. Dan pada rakaat kedua membaca surah al-Kafirun. Dan pada rakaat ketiga membaca surah al-Ikhlas dan surah al-Falaq serta surah an-Nas”. [Riwayat Ibn Hibban]

Setelah selesai menunaikan solat sunat witir Rasulullah s.a.w berzikir :-


Ertinya :- “Apabila Rasulullah s.a.w memberi salam dari solat witir, telah berkata ‘Segala puji tuhan yang Maha Suci”. [Riwayat Abu Daud]

Kemudian kita mengakhiri zikir tadi dengan membaca doa sepertimana yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w :-

Setelah selesai menunaikan solat sunat witir Rasulullah s.a.w berzikir :-

Ertinya :- “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata pada akhir witirnya : ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada balasan-Mu, dan aku berlindung dengan Mu sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.” [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Nasaie]

Insya-Allah kita boleh mula melakukan solat witir pada setiap malam bagi sesiapa yang belum mengamalkannya. Sesiapa yang sudah mengamalkan solat witir pada tiap malam teruskan dan beristiqamahlah melakukan ibadah kepada Allah. Semoga kita semua sama-sama bahagian di dunia dan akhirat.