Halaman

Maruah Wanita

Posted on 18.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Wahai wanita! Melihat wajahmu yang cukup cantik sambil mengadap cermin sehingga bercahaya menyinari dunia ini. Seindah mata memandang ke arah wajahmu. Penuh dengan pelbagai bentuk serta unik.

Setiap wanita berbeza-beza keunikan wajah dan bentuk badan yang telah Allah ciptakan. Memelihara maruah diri daripada berlaku maksiat sesuatu yang sangat penting melibatkan sehingga zaman ke zaman. Allah ada menjanjikan keampunan dan pahala yang besar sepertimana firman-Nya :-


Maksudnya :- ““…Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut nama Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. [Al-Ahzab; 33:35]

Selaku ahli keluarga wanita banyak juga memainkan peranan supaya maruah dia terpelihara. Bapa sebagai ketua keluarga bertanggungjawab memelihara anak wanitanya supaya mengikut jalan kebenaran. Apabila bapa sudah tiada lagi, maka abang dengan tidak sedar akan terus mengambil alih tanggungjawab seorang bapa tadi.

Tiba waktu wanita dikahwini oleh seorang lelaki yang sudah jodohnya. Lelaki diberi gelaran sebagai seorang suami. Suami menjaga wanita selaku isterinya ke jalan diredhai Allah bagi memelihara maruah umat Islam amnya.

Suami sentiasa bersama isterinya dan sering kali menasihati isteri supaya tidak terlibat dengan perkara yang boleh menyebabkan difitnah serta menfitnah. Tegurlah dengan teguran yang baik-baik tanpa mengikut perasaan marah yang membara. Firman Allah SWT :-


Maksudnya :- “Wahai isteri-isteri nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan (sebaliknya) berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. [Al-Ahzab; 33:32]


Ibu oh ibu! Tidak semua perkara yang ibu lakukan menepati syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Anak juga mempunyai hak menegur ibunya apabila ibunya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Menengur seorang yang lebih dewasa dari kita dengan secara lemah lembut sehingga manis apabila didengarnya.

Wahai wanita! pakaian dan akhlakmu akan melambangkan kejelitaan serta maruahmu terpelihara. Memakai stokin, tudung, baju tidak ketat bukanlah perkara penting. Kepastian yang sangat penting bagimu adalah menutup aurat supaya tidak dipandang lekeh oleh masyarakat.


Maksudnya :- “Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk ereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)! Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. [Al-Ahzab; 33:59]