Halaman

Rakan Niaga

Posted on 1.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Bumi Mesir (Egypt) sebuah Negara yang banyak mempunyai dari pelbagai ilmu. Ramai di kalangan pelajar Malaysia memnuntut ilmu di bumi yang penuh dengan barakah ini. Sehinggakan ada beberapa segelintir di antara kita tidak berkesempatan untuk saling kenal mengenali.

Berada di dunia pengajian ada pahit dan manisnya. Ada di kalangan kita taraf hidupnya rendah, sederhana dan mewah. Jadi peluang untuk menjalankan pelbagai perniagaan terlintas oleh beberapa orang pelajar kita.

Seperti biasalah tidak salah sambil belajar sambil berniaga. Bak kata orang lama ‘sambil menyelam, minum air’. Berniaga insya-Allah tidak mengganggu pelajaran kita jika kita pandai membahagikan masa dengan teratur.

Melihat rakan-rakan kita yang berada di bumi barakah ini banyak peluang cabang menjalankan urus niaga. Insya-Allah Allah SWT akan memurahkan rezeki rakan-rakan dan kita di dunia serta di akhirat.


Saling Menolong

Sesama rakan di dalam dunia perniagaan kita saling tolong menolong bagi memajukan antara satu sama lain. Satu pihak mempunyai kemudahan dan tolong kepada satu pihak lain yang tiada kemudahan tersebut. Bantu rakan dalam kesulitan dan kesusahan seperti kata orang yang terkemudian ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya’.

Tanamkan keazaman di dalam diri kita untuk memupuk menolong antara satu sama lain serta menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan hubungan silatu ar-Rahim. Hubungan baik antara kita adalah satu rahmat dari Allah SWT.

Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Tidak akan turun rahmat ke atas kaum yang memutuskan hubungan silatu ar-Rahim”. [Riwayat al-Baihaki]

Sehubungan dengan itu kita sama-sama boleh mendidikkan diri bagi mendapat rahmat dari Allah dengan menjaga hubungan baik dan hubungan silatu ar-Rahim antara kita. Kita juga di suruh oleh Allah supaya tolong menolong dalam melakukan kebaikan, kebajikan dan bertaqwa.

Allah berfirman di dalam kitab-Nya :-


Maksudnya :- “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan . Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”. [Al-Maidah; 5:2]




Buang Sifat Buruk

Sifat buruk biasa berlaku lagikan pula di dalam dunia perniagaan ini. Tidak kira rakan atau kawan tambahan musuhnya. Sifat buruk perlu di tinggalkan sikit demi sedikit. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-

Ertinya :- “Hasad dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan, seperti api memakan (membakar) kayu kering”. [Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah]

Sangka buruk terhadap sesama kita juga akan banyak berlaku kesalah fahaman, mencari kesalah orang lain, membawa berita yang tidak betul, mengumpat dan lain-lain lagi. Semua perkara ini dilarang dalam islam sepertimana firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim :-


Maksudnya :- “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain. Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha mengasihani”. [Al-Hujurat:49:12]

Kesimpulannya kita sama-sama saling tolong menolong antara satu sama lain tambahan pula kita berada di perantauan. Jauh dari ibu bapa, keluarga dan saudara mara. Akrabkan saudara sesama Islam di antara kita. Insya-Allah kita di permudahkan segala urusan oleh Allah SWT.