Halaman

Lucu Bubar Organisasi

Posted on 1.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Organisasi wujud apabila sesuatu pertubuhan, persatuan, kelab, syarikat dan pelbagai lagi. Organisasi ini juga boleh dikatakan suatu sususan kumpulan bagi memudahkan urusan. Dalam organisasi ada ketuanya, timbalan, setiausahanya dan lain-lain.

Satu pertubuhan apabila tersusun akan memudahkan kerja dilakukan dan lebih bersistematik. Pembahagian tugas akan teragih sama rata antara tenaga pengurus. Perungurusan juga bertambah ringan dan tidak membebankan.

Di antara tujuan kita berada di dunia ini Allah SWT menjadikan kita untuk menjadi seorang pemimpin. Firman Allah di dalam al-Quran :-


Maksudnya :- “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi’. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) : ‘Adakah Engkau (Wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?’ Tuhan berfirman : ‘Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. [Al-Baqarah; 2:30]

Ketua pula diamanahkan untuk mentadbir anak-anak buah di bawahnya bagi mengatur segala bidang tugas dengan lebih teratur. Rasulullah s.a.w bersabda :-

Ertinya :- “Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang berkhidmat kepada mereka”. [Riwayat al-Hakim]

Selain dari ketua, para anak buah juga sama-sama saling berkerjasama. Di sini bukanlah bermaksud hanya ketua sahaja yang perlu menjaga anak buah. Malah apabila ketua menghormati orang bawahannya dan anak buahnya juga akan menghormatinya.


Sahabat vs Untung

Utamakan perkara yang lebih penting daripada yang penting. Keuntungan diri sendiri bukan sesuatu perkara yang mulia. Pembubaran sesebuah organisasi juga bukan perkara yang lucu. Ini boleh dikatakan satu kelemahan para tenaga pengurus.

Kemungkinan berlaku beberapa salah faham antara mereka. Silap pelantikan ketua, penyelewangan duit, pengurusan kewangan yang tidak kemas, pentadbiran yang tidak teratur, bidang tugas berganda-ganda dan pelbagai perkara.

Jalankan tugas dengan berkhemah dan berhati-hati. Fikirkan yang mana betul dan yang mana salah. Biarlah semua perkara yang kita lakukan ini dari Allah SWT seperti sabda Rasulullah s.a.w :-


Ertinya :- “Berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan”. [Riwayat at-Tirmizi]

Satu pentadbiran yang indah mendidik sahabat melakukan perkara yang di suruh oleh Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w :-

Ertinya :- “Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan. Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah SWT”. [Riwayat al-Bukhari]

Kewangan adalah salah satu perkara yang sangat penting dalam sesuatu organisasi. Kerana dengan duit ini juga akan dapat menggerakkan tugasan segala pengurusan yang dirancangkan. Susunatur kewangan umum dan khusus bagi memastikan penyusunan yang lebih kemas dan sistematik.




Amanah

Amanah sesuatu perkara yang amat berat. Walaupun begitu, kita boleh mendidik diri supaya menjadikan diri ini seorang yang amanah dengan sering mengingati firman Allah :-


Maksudnya :- “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”. [Al-Anfal; 8:27]

Mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya ialah dengan meninggalkan suruhan-Nya dan melanggar larangan-Nya. Mengkhianati amanah pula ialah amanah orang sama ada yang berupa harta benda, rahsia atau apa jua.

Menipu dalam percakapan, memungkiri janji dan mengkhianati seseorang adalah perbuatan yang boleh dikatakan zalim. Ini kerana dia tidak meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-


Ertinya :- “Tiga ayat orang yang munafiq (berpura-pura) : apabila berkata-kata dia berdusta, dan apabila berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia mengkhianati”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Orang Munafiq ini ialah secara zahirnya dia Islam dan secara batinnya dia kufur kepada Allah SWT. Boleh juga kita tafsirkan dia seorang yang berpura-pura Islam.

Ketua atau pemimpin yang tidak adil juga Allah SWT telah mengharamkannya memasuki ke dalam syurga. Sabda Rasulullah yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim :-

Ertinya :- “Tiadalah seorang hamba Allah yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat, kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkannya dari memasuki syurga”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Walaubagaimana pun, kita ada prinsip dalam berorganisasi sesama Islam. Selagi mana tidak lari dari tiga perkara yang telah Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Satu majlis itu dengan amanah kecuali tiga perkara : tumpahkan darah haram, atau pelacuran haram, atau memutuskan harta bukan pada yang hak”. [Riwayat Abu Daud]

Pengertian hadith ini, menunjukkan kita hendaklah menyimpankan amanah selagi mana bukan tiga perkara yang terkecuali tersebut. Amanah di dalam sesebuah organasasi sangatlah berat dan besar. Ia bukan bahan ketawa serta lucu malah ia mendapat perhatian seluruh masyarakat umumnya.