Halaman

Bangga Diri

Posted on 28.2.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Salah satu perkara negatif yang ada pada diri seseorang itu membanggakan diri. Kebanggaan ini juga boleh dikatakan bahawa ia adalah salah satu penyakit hati yang hanya diubati dengan memperkukuhkan iman diri masing-masing.

Adakah kita ini suci di sisi Allah? Mari kita sama-sama merendah diri kerana Allah berfirman :-


Maksudnya :- “(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu maha luas keampunan-Nya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia menjadikan kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai-bagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu, maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa”. [An-Najm; 53:32]

Kebanggaan diri ini juga pernah berlaku ketika dahula. Yang mana Iblis bangga dengan penciptaannya daripada api sehinggakan Iblis lupa bahawa dia sudah ingkar kepada Allah SWT. Allah hanya memerintahkan Iblis sujud kepada Nabi Adam a.s yang juga makhluk Allah diciptakan daripada tanah. Lalu Iblis menjawab :-


Maksudnya :- “Aku lebih baik daripadanya, Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah”. [Sod; 38:76]


Berada di Menara Gading

Mencapai satu keinginan untuk menuntut di Menara Gading terdapat impian pada diri seseorang. Universiti Al-Azhar di Mesir (Egypt) antara institusi pengajian yang tertua di dunia. Keinginan menjejak kaki ke Universiti ini amatlah tingga.

Usaha diperingkat menengah menyebabkan kita boleh terus melangkah ke Universiti Al-Azhar. Bukan sekadar itu sahaja usaha yang berterusan diperlukan malah sebelum dan ketika berada di Universiti.

Merantau ke Negara orang semestinya bahasanya sangat berbeza dengan kita. Kuasai bahasa juga perkara yang sangat penting bagi menbentingi kita apabila kita dalam masalah dan sebagainya.

Mengambil tahu perkara yang terdapat di Universiti. Jadual kuliah, Pensyarah kuliah, subjek kuliah dan lain-lain lagi. Sifat malas dalam diri seseorang sudah menjadi kebiasaan. Buangkan sifat malas dengan pijak kemalasan menggunakan kaki kiri dan teruskan melangkah menggunakan kaki kanan maju kehadapan.



Akhlak

Pelajar adalah seorang yang sentiasa bersama ilmu. Tingkah lakunya juga sepertimana ilmu yang dipelajarinya. Tidak boleh kita nafikan seseorang boleh tersilap langkah dan mereka boleh kembali ke pangkal jalan. Bukanlah kita menghukum mereka salah sampai bila-bila.

Kita tidak membanggakan diri kerana ini bukan hak kita malah ia adalah hak Allah SWT. Firman-Nya :-


Maksudnya :- “Tidakkah engkau perhatikan (dan berasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya) dan mereka pula tidak akan dianaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikit pun”. [An-Nisa’; 4:49]

Komunikasi adalah satu perhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Cara bertutur dengan secara lemah lembut akan menyebabkan kita lebih menghormati serta dihormaati semasa menusia.

Bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya’. Kita sebagai hamba sentiasalah meminta kepada Allah segala keampunan. Menduduki di Menara Gabing bukanlah satu kebanggaan semata-mata. Kita juga dapat merasakan betapa besarnya amanah kita untuk memandukan umat kembali menurut ke jalan Allah SWT.

Walaupun kita ditomah kerana membanggakan diri kerana layak berada di Menara Gading. Perkara membanggakan diri pernah berlaku di zaman Nabi Musa a.s. Kita akur dan memuhasabahkan diri bahawa perkara membanggakan diri tidak di sukai oleh Allah :-


Maksudnya :- “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai-bagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya sungguh menjadi beban yang berat untuk dipikul oleh sejumlah orang yang kuat sasa. (Berlaku sombongnya) tatkala kaumnya berkata kepadanya : ‘Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu)”. [Al-Qisas; 28:76]