Halaman

Cagaran Harta Benda

Posted on 16.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Harta benda perkara yang berharga. Mencagarkan harta benda kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan wang dengan segera. Ada juga yang inginkan pinjaman wang bagi kegunaan lain sedangkan ia tidak mahu kehilangan harta benda tersebut.

Tabiat yang sedang melanda masyarakat sekarang terutamanya di Malaysia ramai daripada suka berhutang. Tidak kita mengsalahkan perbuatan berhutang dan melakukan pinjaman. Sudah tentu kemampuan seseorang itu berbeza dari pelbagai sudut.

Taraf hidup semakin lama semakin meningkat. Ekonomi dunia ada tika meningkat naik dan merudum turun. Merancanglah kewangan sentiasa dengan secara bersederhana. Utamakan perkara yang lebih penting dari perkara yang penting.

Harta benda juga boleh dikatakan sebagai aset kepada seseorang itu. Kebanyakkan masyarakat yang menginginkan wang tunai sanggup mencagarkan harta bendanya. Buka mata dan fikirkan sebentar. Di dalam Islam membenarkan seseorang mencagarkan hartanya.

Konsep cagaran yang dibolehkan dari segi syara’. Peminjam akan berasa lebih komitmen untuk membayar hutangnya kepada pemberi pinjam. Syarat akan diletakkan oleh pemberi pinjam kepada peminjam untuk dicagarkan sesuatu aset harta benda yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan Islam.

Sebelum itu kita kena memastikan harta benda yang dicagarkan oleh peminjam betul-betul dimilikinya. Sesuatu harta benda yang tidak dimiliki oleh peminjam tidak dibenarkan dari segi syara’. Teliti perkara ini bagi kita sama-sama memandukan kehidupan dengan berpandukan Islam yang indah.

Sesuatu benda yang bernilai tetapi statusnya haram juga tidak dibenarkan oleh Islam. Harta haram seperti babi, arak (minuman yang memabukkan) dan lain-lain lagi. Walaupun benda haram tersebut bernilai dari segi undang-undang tetapi tidak ia halal di sisi Islam. Lakukanlah setiap perkara itu dengan pemerhatian secara teliti serta adil bagi mengelakkan harta kita tidak diberkati oleh Allah SWT.


Tolak Ansur

Kisah berlaku kepada masyarakat setempat dengan seseorang meminjam wang kepada seseorang yang lain. Untuk memudahkan kepada pembaca di sini si A seorang pemberi pinjam dan si B adalah peminjam yang mencagarkan tanah. Seterusnya si B melakukan pinjaman kepada si A.

Si B meminjam wang kepada si A sebanyak RM 5,000 dengan mencagarkan tanah seluas 1 ekar. Mereka sudah membuat perjanjian si B akan bayar kepada pihak si A dalam masa 20 tahun dan jika si B tidak mampu menyelesaikannya tanah yang dicagarkan oleh si B akan dijualkan.

Cagaran ini untuk member komitmen kepada si B untuk menyelesaikan hutang dengan si A sehingga tiba waktu yang ditetapkan. Jika si B memang mampu melangsaikan hutangnya selesaikanlah. Jangan menangguhkan pembayar hutang jika mampu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-


Ertinya :- “Mereka yang berkemampuan menangguh pembayaran hutang adalah satu kezaliman”. [Riwayat al-Bukhari]

Ringkaskan cerita si B betul-betul tidak mampu membayar hutang si A. Hutang yang sudah terbayar hanya RM 500 sahaja. Kemudian penjualan tanah berlaku dan jika tanah 1 ekar yang dicagarkan oleh si B dijual dengan harga lebih rendah dari nilai wang pinjaman. Sebagai contoh tanah 1 ekar terjual RM 4,000 maka si A masih berhak meminta baki hutangnya lagi RM 500 selepas menolak baki yang sudah terbayar oleh si B pada awal tadi.

Bagaimanakah bila berlaku sebaliknya pula? Perkara ini banyak berlaku kepada masyarakat yang sentiasa bermain di fikiran semua. Apabila hutang yang sudah terbayar hanya RM 500 dan tanah 1 ekar sudah terjual RM 9,500. Tolak kepada baki yang sudah terbayar, jadi si B hanya tinggal baki hutang sebanyak RM 4,500.

Jumlah jualan tanah 1 ekar RM 9,500 tadi ditolak kepada baki hutang RM 4,500 dan masih berbaki RM 5,000. Siapakah yang berhak ke atas wang RM 5,000 ini? Sudah tentu wang RM 5,000 adalah hak kepada tuan tanah iaitu si B dan si A perlu memulangkan kepada pihak yang berhak tersebut.

Tanah adalah salah satu harta benda yang berharga bagi seseorang itu. Selaku ihsan yang pemberi pinjam boleh juga memberi kelapangan kepada peminjam dengan melihat kemampuannya. Seseorang itu tidak akan meminjam jika dia betul-betul tidak memerlukannya.


Maksudnya :- “Dan jika orang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar kamu akan dapati kelak”. [Al-Baqarah; 2:280]

Insya-Allah kita sama-sama saling bertolak ansur serta dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara manusia dan manusia. Semoga kita sentiasa berada dijalan kebenaran yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w.