Halaman

Melaksana Tidak Semudah Berkata-kata

Posted on 14.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Ramai manusia yang boleh menyampaikan tetapi tidak ramai pula manusia yang boleh melakukan apa yang di sampaikan. Sudah menjadi lumrah manusia yang hanya mencari dan nampak akan salah orang lain sehingga lupa kesalahan diri sendri.

Ada juga manusia yang setiap kali berlakunya perkara yang tidak diingini mulalah menyalahkan orang dan keadaan sekeling. Dia seperti tidak pernah kenal erti ‘salah’. Namun tidak semua manusia bersikap sedemikian.

Orang sebegini bila mula bercakap seolah-olah semua berada di dalam pengetahuan dia. Dialah hero, dialah ustaz, diala pensyarah, dialah doktor, dialah cikgu, dialah peguam dan dialah segala-galanya. Bercakap senang, bukan? Lagi senang bila berhujah kepada mereka yang tahu menerima sebelum menilai.

Seelok-eloknya dahulukan perbuatan barulah percakapan. Melaksakan perkara apa yang disampaikan. Dengan melaksanakannya nikmat iman dan nikmat ikhlas akan lebih terasa. Benar, Kalau kita ingin tuggu semuanya sempurna bila pula waktunya? Tetapi sekurang-kurangnya kita berusahalah melaksakan apa yang akan disampaikan baru kita lebih faham dan berhikmah dalam menyampaikan.


Fitnah Orang Kafir

Bila bercakap, kamu menyebutkan tentang agama. Bila menulis kamu menulis tentang hikmah dan pengajaran. Tetapi bila kamu beramal, kamu lupa akan apa yang kamu sampaikan. Tidak malukah kamu kepada mereka-mereka yang mendengar dan melihat hasil dari kamu?

Ingatlah kelak kamu akan di soal oleh Allah SWT mengenai apa yang kamu sampaikan. Jika kamu tidak melaksakan apa yang kamu sampaikan lalu apa yang akan kamu jawab kepada pencipta kamu kelak? Oleh itu, jangan sekadar pandai berkata-kata kerana pengaruh yang ada. Tidak hairanlah semua orang tahu dan boleh mengatakan bahawa memfitnah itu satu dosa besar. Melihat ke pelbagai tempat serta keadaan yang berbeza masih timbulnya fitnah.

Zaman Rasulullah banyak fitnah dikaitkan dengan orang-orang kafir menandakan itu sifatnya. Malah sekarang ramai orang-orang Islam sendiri terjerumus dari difitnah dan mefitnah. Sama-sama kita renungkan firman Allah SWT :-


Maksudnya :- “Dan peranghilah mereka sehingga tidak ada lelaki fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) kerana Allah semata-mata. Kemudian, jika mereka berhenti dari kekufurannya (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan”. [Al-Anfal; 8:39]

Ayat di atas menceritakan kisah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana orang-orang kafir musyrik tidak putus-putus mengganggu, menyeksa dan menghalang orang-orang Islam bagi menjalankan agamanya.

Rasulullah s.a.w dan umat Islam diperintahkan oleh Allah sehingga boleh memerangi golongan yang menceroboh itu supaya hilang lenyap segala fitnah. Orang-orang tidak akan terganggu dan bebas menjalankan urusan agama yang dibawa oleh junjungan agong Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala para nabi-nabi.

Insya-Allah Islam adalah agama yang benar. Allah sentiasa menjaga agamanya dan kita sebagai hamba sentiasa memohon keampunan serta doa :-


Maksudnya :- “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami terubah pendirian dan keyakinan kerena tindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa lagi bijaksana”. [Al-Mumtahanah; 60:5]

Fikirkan masa depan kita bagi menjalinkan perhubungan akrab sesama Islam demi menjamin kesejahteraan terjaga. Islam bersatu untuk menegakkan agama Allah yang sangat mulia. Kita buangkan sifat yang buruk dan teruskan melakukan sifat yang baik serta sentiasa menambah amalan kebajikan.