Halaman

Kelakuan Baik

Posted on 10.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Insan yang kaya, miskin, kuat, lemah, tinggi, rendah, gemuk, kurus dan lain-lain lagi semua tiada bezanya di sisi Allah SWT. Sepanjang kehidupan kita ada tika resah, gembira, suka, sedih, sihat, sakit dan pelbagai lagi.

Bumi ini hak milik mutlak Allah maka selaku hamba berkelakuan baik sesama kita bagi mengikuti perintah yang suruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. Akhlak boleh juga dikatakan sebagai keperibadian diri seseorang itu. Orang berakhlak sentiasa menghormati dan di hormati.

Ramai dijanjikan syurga baginya dan berat timbangannya yang menjadi sebaik ciptaan. Baik keperibadian diri sesorang dapat kita rasai serta melihatnya. Banyak keistimewaan kepada orang yang baik tingkah lakunya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :-


Ertinya :- “Kebanyakan masuk ke syurga yang bertaqwa kepada Allah dan elok akhlaknya”. [Riwayat al-Hakim]


Ertinya :- “Tiada perkara yang lebih berat timbangannya dari kebaikan akhlaknya”. [Riwayat Abu Daud]


Baju Besi

Masa Saidina Ali bin Abi Thalib menjadi seorang khalifah berlaku kehilangan satu baju besi milik beliau. Saidina Ali merasakan bahawa baju besinya itu di curi oleh seorang yahudi. Beliau terus pergi untuk mengambil kembali haknya.

Lantaran tiba berdepan dengan yahudi yang mencuri baju besi itu, lalu Saidina Ali menanyakan mengenai baju besi beliau yang di ambil. Orang yahudi itu mengatakan ‘Wahai khalifah! Cuba engkau datangkan bukti atau saksi yang mana baju besi ini hak milik engkau'.

Berlakunya perkara ini terus dibawakan ke pihak kehakiman. Walaupun Saidina Ali seorang khalifah ketika itu, beliau juga tidak terlepas untuk dibicarakan untuk menentukan hak sebenar ke atas seseorang. Di sini Saidina Ali menjadi pendakwa dan orang yahudi tadi menjadi orang yang di dakwa.

Perbicaraan bermula dengan di pertanyakan kepada khalifah oleh hakim. ‘Wahai khalifah! Boleh tuan tunjukkan bukti atau saksi yang mengatakan baju besi ini hak milik tuan?’. Saidina Ali terdiam seketika dan berkata : ‘Aku tiada apa-apa bukti tanda atau saksi untuk menyatakan baju besi itu hak milikku’.

Hakim menjatuhkan keputusan bahawa baju besi adalah hak milik orang yahudi itu. Sebegitu keputusan yang di buat oleh hakim tersebut, Saidina Ali tidak memecat atau memberhentikan hakim untuk meneruskan tugasnya bagi menyelesaikan masalah umat.


Pemimpin

Saidina Umar bin al-Khatab adalah khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau mengarahkan tentera Islam yang di ketuai oleh Amru bin ‘As untuk memerintah di sebuah yang di beri nama Negara Mesir (Egypt).

Amru bin ‘As bertanggungjawab memimpin Mesir ketika itu. Tercetus satu idea di bawah pemerintahan Islam yang di pimpin oleh Amru bin ‘As ini untuk membangunkan suatu tempat yang lapang. Tiba-tiba terdapat sedikit tanah yang di miliki oleh seorang yahudi.

Amru bin ‘As mengarahkan beberapa orang untuk berjumpa dengan orang yahudi dan menyatakan hasrat kami adalah ingin membangunkan tanah lapang itu termasuk tanahnya. Jadi pihak kami ingin membeli tanahnya.

Apabila diberitahu akan perkara ini kepada orang yahudi itu, dia enggan menjualkan tanahnya kepada pihak pemerintah. Dengan itu Amru bin ‘As cuba menunjukkan kepaksaan untuk membeli bagi kemaslahatan rakyat sejagat.

Kemudian orang yahudi mendapat berita bahawa terdapat pemimpin yang lebih tinggi pangkatnya dari Amru bin ‘As. Orang yahudi terus pergi menuju ke Makkah untuk menjumpai Khalifah bagi mengadukan masalah yang dihadapinya. Perjalanan memakan masa berbulan-bulan.

Setiba di sana, dia melihat ada seorang yang berada di bawah sebatang pokok. Dia tidak mengetahui orang yang dia lihat itulah Khalifah Saidina Umar bin al-Khatab. Lalu dia bertanya : ‘Bagaimana aku ingin aku berjumpa dengan khalifah'? Khalifah menjawab pertanyaannya : ‘Mudah sahaja, kamu terus ke sana (sambil menunjuk ke suatu arah) ada sebuah bangunan dan kamu boleh terus meminta kepada pengawal di situ untuk menjumpai khalifah’.

Sebelum dia pergi ke sebuah bangunan yang di tunjukkan oleh Saidina Umar tadi, lantas Saidina Umar menanyakan kepada orang yahudi : ‘Apa hasrat kamu ingin berjumpa dengan khlifah’? Orang yahudi ingin menceritakan ketidak puas hatinya terhadap pemimpin di Mesir. Lalu Saidina Umar menyuruh dia membawa sebatang tulang sebelum menjumpa khilafah.

Sampai sahaja orang yahudi itu di sebuah bangunan yang ditunjukkan oleh Saidina Umar tadi, dia terus masuk untuk menjumpai khalifah yang telah dibenarkan oleh pengawal ada di situ. Dia berasa terkejut bahawa rupa-rupanya orang yang dia jumpai tadi adalah khalifah.

Tidak melengahkan masa orang yahudi terus menceritakan apa berlaku di Mesir. Saidina Umar meminta tulang yang di suruh bawa oleh orang yahudi dan mengariskan ke atas tulang dengan pedang beliau. Saidina Umar menyuruhkan orang yahudi itu sampaikan tulang yang telah di garis dengan pedang ini.

Lama kelamaan orang yahudi telah tiba di Mesir kembali dan terus menjumpai Amru bin ‘As untuk menyampaikan tulang itu yang di kirim oleh Khalifah Saidina Umar bin al-Khatab. Kemudian Amru bin ‘As menerima tulang itu lalu minitiskan air mata akan ketakutan yang mana beliau tidak menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan.

Sesudah itu Amru bin ‘As insaf dan bertaubat kepada Allah kerana beliau terlepas pandang perkara yang berlaku ini. Apabila kita berkelakuan baik serta menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan ingatlah Allah SWT yang sentiasa akan membantu hambanya bagi menyelesaikan segala ujian dan masalah.