Halaman

Peribadi Mulia

Posted on 10.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Manusia hidup di muka bumi Allah yang sangat luas terbentang. Baik buruknya terletak kepada keimanan dan ketaqwaan seseorang itu kepada Allah SWT yang tiada Tuhan melainkan-Nya. Pergaulan manusia dengan manusia ini juga ada penduannya.

Menegur sapa antara satu sama lain menandakan kita saling hormat menghormati. Melafazkan kalimah-kalimah yang lembut dan tidak menyababkan dia terasa hati. Berkata benar walaupun ia sesuatu perkara yang sangat pahit. Rasulullah s.a.w bersabda :-


Ertinya :- “Berkatalah benar walaupun ia pahit”. [Riwayat Ibn Hibban]


Susu Campuran Air

Setiap perbuatan dan tingkah laku kita mengikut panduan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w boleh dijadikan kisah baik. Ingat kembali semasa zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khatab yang mengambil tahu perihal rakyat di bawah pemerintahan.

Kita mengenali Saidina Umar bin al-Khatab adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dan juga seorang Khalifah Islam selepas wafatnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Saidina Umar sentiasa keluar di waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyatnya.

Ketika masa itu isu percampuran susu dengan air. Perkara ini dilakukan oleh orang yahudi yang menjual susu. Ini bermakna susu campuran ini dijual lebih murah dari susu asli. Saidina Umar berhenti di sebuah rumah dan terdengar bisikan anak beranak antara seorang bapa dan anak perempuannya.

Perbualan anak beranak yang menjual susu merasa rusing susunya tidak laku akibat harga tinggi. Semakin lama susu ini di simpan kualitinya berkurang sehinggalah susu akan rosak. Jika susu kita campurkan juga dengan air juga, mungkin tidak mengapa kerana Khalifah tidak mengetahuinya.

Betul khalifah tidak mengetahuinya wahai anakku tetapi kita kena ingat bahawa ada yang lebih mengetahui. Para sahabat ingatlah Allah SWT Maha Melihat setiapa apa yang kita lakukan. Firman Allah SWT di dalam al-Quran :-


Maksudnya :- “Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedangkan tempat kembalinya ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Mereka itu (yang menurut keredhaan Allah dan yang dapat kemurkaan-Nya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah dan Allah Maha Melihat segala yang mereka kerjakan”. [Ali-Imran; 3:162-163]

Kemudian mereka tetap menjual susu dengan tanpa mencampurkan air. Setelah itu Saidina Umar menghantar rombongan meminang untuk anaknya pada ke esokkan hari. Mereka merasa hairan kerana mereka dari kalangan keluarga yang miskin. Khalifah menerangan bahawa kamu ini dari golongan orang yang baik-baik.


Kain Selendang

Selendang di letakan ke bahu adalah salah satu amalan dan sunnuh junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. Kitab Syamail Muhammadiyyah ada mengukirkan bahawa Rasulullah pernah meletakkan selendang ke atas dua-dua bahunya ketika beliau kurang sihat dan meletakakan selendang ke atas bahu sebelah kiri bagi menampakkan kehebatan diri seseorang.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w di pemerintahan Saidina Umar bin al-Khatab berlaku satu kisah yang berkait dengan selendangnya. Pada suatu hari, Saidina Umar ingin pergi ke sesuatu destinasi bagi tujuan urusan kerajaan. Saidina Umar bersama orang kanannya pergi dengan menunggang kuda kerajaan.

Seketika dalam perjalan untuk menuju ke destinasi yang di hajati tiba-tiba selendang Saidina Umar jatuh dengan tanpa dia sedari. Apabila merasakan sesuatu yang tidak kena, Saidina Umar baru mengetahui bahawa selendang sudah jatuh jauh kebelakang.

Kemudian beliau berkata kepada orang kanannya supaya menunggu di sini kerana beliau ingin pergi mengambil selendangnya yang telah jatuh. Beliau turun daripada kuda tunggangannya lalu berjalan kaki untuk mengambil selendangnya. Sudah dapat mengambil selendang itu dan terus kembali ke kuda tunggangnya.

Setiba beliau di kudanya, orang kanan bertanya : ‘Kenapa tuan tidak menyuruh sahaja aku untuk mengambilkan kain selendang dan walaupun sebegitu kenapa tuan tidak menunggang sahaja kuda untuk pergi ke sana?’ Lalu beliau menjawab : ‘Kau sebagai urusan kerajaan dan kuda ini juga aku gunakan hanya untuk urusan kerajaan bukan urusan peribadi ku’. Selepas itu mereka meneruskan perlajanan untuk menyelesaikan tanggungjawab.

Peribadi seseorang manusia yang bergelar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT memperlihatkan kepada kita akan kebaikan akhlaknya. Semoga serba sedikit kita dapat mencontohi keperibadian sahabat Rasulullah s.a.w yang telah terdidik ketika Rasulullah masih hidup bersama para sabahat.