Halaman

Ahli Membaca

Posted on 11.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Malaysia sebuah negara yang berada di benua Asia Tenggara. Ramai rakyat Malaysia cintakan buku. Amalan membaca semakin hari semakin bertambah. Melihat di ibu kota dan ibu setiap negeri di negara Malaysia ramai membaca ketika meluangkan masa lapang.

Mereka semua di didik oleh keluarga masing-masing untuk rasa sukakan amalan membaca. Semasa menggunakan perkhidmatan awam terutamanya di ibu kota yang selalu sesak dengan keramaian manusia berpusu-pusu ke sana dan ke mari boleh di katakana hampir 46% rakyat kita melakukan amalan membaca.

Alhamdulillah amalan ini insya-Allah akan boleh semakin meningkat dari masa ke masa dengan kerjasama kerajaan serta masyarakat yang perihatin perkara ini. Kita boleh memupuk amalan membaca dari sekarang dan tidak lupa juga mendidik ahli keluarga meminati amalan membaca ini supaya dapat menambah serta memperluaskan lagi ilmu yang di miliki.

Seketika melihat perbezaan dua orang rakyat Malaysia kita di lapangan terbang Kaherah, Mesir. Salah seorang termenung jauh seperti membuang masa dan seorang lagi sedang membaca al-Quran iaitu kalam Allah SWT yang Maha Mulia. Di sini kita membuat perbandingan sendiri yang mana lebih baik perbuatannya.

Sebelum menilai bersangka baiklah terhadap seorang yang termenung jauh itu. Mungkin menghadapi masalah yang menyebabkan fikirannya pergi jauh seperti keawangan. Selayaknya hanya kita dapat menilai secara luaran sahaja dan selebihnya kita serahkan kepada Allah yang Maha Agung lagi bijaksana.

Bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan serta memlihara kita di muka bumi-Nya ini. Bumi yang terbentang luas sehinggakan melimpah-limpah rezeki-Nya tidak terhingga. Sebagai hamba gunakanlah nikmat yang di beri dengan memanfaat untuk diri sendiri dan orang yang memerlukan.


Keliling Kitab

Muhammad bin Idris as-Syafie nama di beri. Beliau seorang tokoh Islam yang banyak berjasa kepada dunia. Imam as-Syafie pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas dan menjadi guru kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Ketiga-tiga tokoh ini adalah di antara tokoh imam mazhab.

Di dalam dunia Islam banyak yang mengetahui dan mengenali tokoh empat imam mazhab. Selain dari tiga tokoh yang telah di sebutkan tadi ialah Imam Abu Hanifah bin Nu’man. Semoga Allah SWT memberi sedikit kepada kita ilmu yang mereka semua usahakan.

Satu kisah bagi sama-sama boleh menghayati sebagai ikutan yang tidak ramai di kalangan kita. Pernah satu ketika Imam as-Syafie melangkah kaki untuk menuju ke rumah anak murid beliau iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Setelah sampai di rumah Imam Ahmad lalu beliau menjemput gurunya Imam Syafie masuk ke dalam.

Malam pun sudah lewat tibanya waktu manusia merehatkan diri. Imam as-Syafie di tempatkan oleh Imam Ahmad dalam sebuah bilik yang penuh dengan pelbagai kitab. Imam Ahmad mengetahui bahawa gurunya sangat sukakan kitab dan juga dikatakan mencintai kitab. Membolehkan Imam as-Syafie membacanya ketika mempunyai kesempatan.

Keesokkan hari Imam Ahmad menanyakan kepada Imam as-Syafie, ‘bagaimana tidur mu semalam wahai guruku’? Imam as-Syafie tidak boleh melelapkan matanya kerana bilik itu di kelilingi oleh banyak kitab. Jika Imam as-Syafie baring untuk tidur salah satu arah kaki akan kea rah kitab. Demikian itulah Imam as-Syafie tidak mahu baring sebab menghormati kitab yang ada dalam bilik tersebut.

Imam Ahmad meneruskan pertanyaan ‘wahai guru ku kenapa dikau tidak mengambil dan membaca kitab-kitab ku kerana aku melihat tiada satu pun terubah atau terusik langsung’? Imam as-Syafie tidak menyetuh langsung kitab-kitab Imam Ahmad kerana ini adalah satu amanah. Setiap kitab yang di susun oleh Imam Ahmad mesti mempunyai sebab tertentu.

Mengibaskan kembali kisah ini akan memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada semua untuk berlaku amanah. Tidak mengambil atau menyentuh barang yang bukan milik kita. Amalan ini jika di amalkan insya-Allah jenayah mencuri dan salah faham antara manusia akan berkurangan serta seterusnya tiada berlaku.

Melihat Imam as-Syafie bukan sahaja terpupuk dalam dirinya suka membaca malah menjadi seorang yang cukup amanah. Itu baru sahaja amanah sesama manusia dan kita mendidik diri supaya dapat menjaga amanah Allah yang telah menhidupkan di muka bumi-Nya ini.

Terukir di dalam al-Quran al-Karim yang mulia Allah SWT berfirman :-


Maksudnya :- “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurkannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah!) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukkan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”. [Al-Ahzab; 33:72]

Kalam Allah SWT banyak mengingatkan kita akan tabiat di kalangan umat manusia yang suka melakukan kezaliman dan mengerjakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Berdoa dan teruskan memohon pertunjuk dari-Nya supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang dan sentias melakukan perkara yang di suruh oleh-Nya.