Halaman

Kenali Diri

Posted on 28.2.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Kenali diri masing-masing. Tahap mana kita di mata masyarakat. Adakah kita dianggap baik atau sebaliknya? Semua orang mempunyai matlamat diri. Dugaan pasti dalam pelbagai keadaan yang berbeza-beza.

Mencapai sesuatu matlamat memerlukan usaha yang gigih. Semua perkara yang diinginkan boleh juga diperhatikan dengan perkataan “DUIT” :-
  • D : Doa

  • U : Usaha

  • I : Ikhtiar

  • T : Tawakal
Merantau ke suatu tempat ke tempat yang lain dapat memberi kita suatu pengalaman yang tidak ada tolak bandingnya. Terbang ke timur tengah yang penuh di banjiri dengan ilmuan Islam di sana. Satu kebanggaan terhadap diri kita sendiri.

Setiba di bumi anbiya’ iaitu Mesir (Egypt) tinggi kesyukuran kepada Allah yang mengatur segala urusan makhluknya. Firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim :-


Maksudnya :- “Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)". [Al-Baqarah; 2:152]

Kalimah Mesir dalam bahasa Arab bermula dari huruf Mim (م), Sod (ص) dan Ra (ر). Perkataan ini ramai para pelajar yang terdahulu sudah menafsirkan mingikut akal fikiran meraka sendiri. Sesiapa yang merantau ke Mesir akan menempuh rintanganya. Huruf yang tersirat :-
  • Mim : Musibah

  • Sod : Sabar

  • Ra : Redha
Perkara musibah berlaku kerana Allah SWT akan menguji tiap hamba sekadar kemampuan hamba-Nya itu. Sentuhan karya yang penuh bermakna :-

Bila diri di uji
Jiwa yang tenang jadi gelisah
Yang suka jadi duka
Yang terang jadi gelap
Yang lurus jadi bengkok

Bila diri di uji
Hikmah ‘SABAR’ tak nampak
Lidah yang dulu petah menjadi kelu
Tafsiran Al-QURAN DAN Al-SUNNAH menjadi kabur
Jiwa yang dulu mengaku ‘HEBAT’ menjadi ‘RAPUH’

Bila diri di uji
AL-QURAN dan AL-SUNNAH di hadapan
Sirah terdahulu di jadikan teman
Agar diri tak hilang pedoman
Itulah jiwa yang benar



Maksudnya :- “Thoha. Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau tidak menanggung kesusahan, hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy”. [Thoha; 20:1-5]



Sabar dan Terima

Mengucapkan sabar memang mudah. Praktikalnya cukup berat. Tiada siapa mengetahui melainkan Allah SWT dan tiada siapa yang meminta ujian bertamu. Kita menghadapi ujian dengan banyak bersolat serta bersabar kepada Allah. Allah pernah berfirman :-


Maksudnya :- “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengejarkan) solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar”. [Al-Baqarah; 2:153]

Sabar juga dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran bahawa akan dimasukkan ke dalam syurga Allah akhirat kelak :-


Maksudnya :- “Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) diantara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (yang tabah dan cekal hati dalam perjuangan)”. [Ali-Imran; 3:142]

Dan akan disempurkan pahala seseorang itu apabila dia bersabar :-


Maksudnya :- “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. [Az-Zumar; 39:10]