Halaman

Selamat Sampai ke Tanah Air

Posted on 13.2.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Pengalaman

Secara umum yang ingin saya nyatakan memang cukup merasai rusuhan di Mesir. Sepertimana artikel saya sebelum ini, kami semua diarahkan "perintah berkurung" pada waktu-waktu tertentu mengikut hari, kerana waktu "perintah berkurung" sentiasa berubah mengikut keadaan pada tiap-tiap hari. Hari pertama saya keluar bersama Ustaz Osman pada hari Ahad, 30 Jan 2011 setelah berlaku rusuhan ketika itu, kami berjalan ke Asrama Darul Aman 3 untuk pergi Majlis Pengajiaan, melihat keadaan sangat sunyi serta setiap lorong jalan di bentengi oleh bata-bata, besi, dahan pokok dan pelbagai seumpana keadaan baru lepas berlaku peperangan. Bermula pada keesokan harinya saya tidak keluar rumah, kecuali untuk membeli barang makanan. Selebihnya saya menghabiskan masa dengan hanya berada di rumah.

Cukup berpengalaman setelah berada di Asrama Tabung Haji, Jeddah. Saya berada di sana selama 6 hari, 5 malam. Alhamdulillah selama berada di sana kami semua dibekalkan pelbagai kemudahan seperti makanan, berus gigi, tuala, Wireless (WIFI) dan lain-lain lagi. Kami ditempatkan 20 orang bag setiap bilik. Selama berada di sana saya banyak kali juga berhubung dengan keluarga, guru-guru dan para sahabat yang berada di Malaysia. Setelah 3 hari berada di sana keadaan saya kurang sihat, saya dinasihatkan juga oleh sahabat supaya jangan lupa memakan ubat.

Dengan keadaan kurang sihat saya banyak menghabiskan masa di dalam bilik sahaja dan segala mesej saya tidak menjawab kerana saya berasa sangat malas ketika itu sehinggalah saya tiba di Malaysia keadaan saya masih kurang sihat, tetapi sempat jugalah saya memberitahu keluarga, guru-guru, dan beberapa sahabat yang sudah tiba di Tanah Air walaupun lewat. Saya juga rasa tergamam sedikit apabila tiba di Jakarta kerana kami baru dimaklumkan akan menaiki flight C-130 untuk pulang ke Malaysia, sampai ada seorang sahabat saya memesan kepada saya, "Imad jikalau aku pengsan, kau angkat aku ye", akhirnya Alhamdulillah sahabat dapat bertahan sehingga tiba di Malaysia.

Setiba sahaja saya di Malaysia, saya hanya mampu mesej sahaja untuk memberitahu bahawa saya sudah selamat sampai di Tanah Air kerana kurang sihat dan keadaan tidak mengizinkan disebabkan saya terus bergegas ke Perhentian Bas Bukit Jalil untuk menghantar sahabat saya kerana beliau ingin pulang ke kampung halaman pada malam itu juga. Alhamdulillah beliau telah selamat sampai rumahnya dalam jam 5:30 pagi, pada keesokan harinya (14 Feb 2011). Ketika itu juga saya dapat merasakan betul-betul persahabatan perlulah kerana Allah, janganlah kerana selain dari-Nya.


Terima Kasih dan Mohon Maaf

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu saya, terutama kepada keluarga, guru-guru, para sahabat dan rakyat Malaysia yang telah banyak solat hajat serta berdoa kepada Allah swt untuk keselamatan kami semua.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua jikalau ada terasa hati dengan saya tidak kiralah ketikamana sekalipun, dengan saya tidak sempat membalas mesej keluarga, guru-guru, para sahabat dan pelbagai lagi. Semua perkara di takdirkan oleh Allah swt, setiap perkara yang kita lakukan biarlah kerana hanya untuk Allah swt.

Rawatan

Setelah keesokan harinya, saya disuruh oleh kakak ipar saya Doktor Wahiza supaya pergi ke klinik Huda di tempat beliau bertugas pada hari tersebut. Saya dapat rawatan oleh beliau dan saya diberi ubat. Alhamdulillah sekarang keadaan saya sudah baik sedikit. Amin...