Halaman

Operasi dari Jeddah ke Malaysia

Posted on 12.2.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Operasi ke Lapangan Terbang Jeddah

Alhamdulillah saya di seneraikan untuk pulang ke Malaysia pada hari Sabtu, 12 Feb 2011. Saya, Ustaz Osman dan Ustaz Kamal dijadualkan menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Jeddah dalam jam 2:30 petang (waktu Arab Saudi). Pada petang ini ada dua penerbangan, KT 21 dan KT 22. Penerbangan KT 21 dari Jeddah terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala penerbangan KT 22 akan transit di Lapangan Terbang Jakarta, Indonesia dan kemudian barulah bertolak ke Malaysia. Kami bertiga tersenarai untuk menaiki Kapal Terbang KT 22, dalam jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi).


Operasi ke Lapangan Terbang Jakarta

Azan maghrib sudah berkumandang, kami baru sahaja berada di tempat menunggu, lebih kurang jam 8:30 malam (waktu Arab Saudi) kami diarahkan untuk menaiki Kapal Terbang Boeing 747. Kami semua seramai 180 orang bersama penumpang lain selamat bertolak ke Jakarta jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi).


Operasi ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang

Kami selamat sampai Lapangan Terbang Jakarta tepat jam 11:00 pagi (waktu Indonesia), kemudian kami dijadualkan untuk bertolak ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dengan menaiki flight C-130 jam 2:00 petang (waktu Indonesia). Penyelarasan terbantut di akibatkan barang kami banyak, hampir setiap orang membawa sebotol air Zam-Zam dari Jeddah, kerana sebenarnya kami lansung tidak di maklumkan yang kami akan menaiki flight C-130 dari Jakarta ke Malaysia, apabila tiba di Jakarta barulah kami mengetahuinya. Proses penyusunan selesai jam 2:40 petang (waktu Indonesia) dan kami semua mula bergerak untuk ke Tanah Air tepat jam 2:50 petang (waktu Indonesia). Ketika dalam perjalanan ke Tanah Air kami semua dibekalkan makanan ringan serta dijamu ayam goreng oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas ketika itu.


Selamat Mendarat

Alhamdulillah kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang jam 6:50 petang (wakru Malaysia). Setelah tiba, kelitihan bukan terhenti di situ, kemudian kami semua perlu beratur untuk pasport kami di cop kemasukan di Malaysia oleh tentera yang bertugas. Hampir jam 8:00 malam (waktu Malaysia) kami semua di bawa oleh bas Universiti Putra Malaysia (UPM) secara bergilir-gilir ke Masjid berdekatan dengan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang kerana orang awam tidak dibenarkan masuk kawasan Kem. Apabila selesai kami semua menunaikan solat di Masjid tersebut. Seterusnya anak-anak Kelantan dan Terengganu terus menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Anak-anak kedah pula akan bermalam di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan keesokan hari barulah pulang ke kampung halaman masing-masing dengan menaiki bas yang juga disediakan oleh Kerajaan Negeri. Akhir sekali saya sendiri di jemput oleh abang dan selamat di rumah Bandar Baru Bangi jam 10:30 malam (waktu Malaysia)



p/s : Waktu Jeddah GMT +3 | Indonesia GMT +7 | Malaysia GMT +8