Halaman

Operasi dari Kaherah ke Jeddah

Posted on 7.2.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Operasi ke Asrama Darul Aman 3

Alhamdulillah nama kami yang menetap di Asrama Darul Aman 1 telah di senaraikan untuk penerbangan dari Keherah ke Jeddah pada hari Ahad, 6 Feb 2011. Kami di maklumkan untuk berkumpul di Asrama Darul Aman 3 pada jam 7:00 pagi (waktu Mesir), dan kemudian terus ke Lapangan Terbang Kaherah. Saya di nasihatkan oleh senior Ustaz Osman, Ustaz Kamal dan Ustaz Najib supaya membawa barang yang penting sahaja kerana di benarkan 7kg bagi seorang termasuk "laptop".


Operasi ke Lapangan Terbang Kaherah

Kami lewat sedikit sampai di Lapangan Terbang Kaherah, kerana jalan yang sesak di sebabkan dengan sekatan jalan oleh askar Mesir. Apabila tiba di Airport dalam jam 9:00 pagi (waktu Mesir) kami di sediakan makanan yang dibawa dari Malaysia. Kami di jadualkan menaiki kapal terbang Charlie-130 (9) pada jam 1:00 tengah hari (waktu Mesir), tepat jam 12:30 tengah hari (waktu Mesir) kami di arahkan untuk masuk "boarding pass", kumpulan kami semua selamat masuk ke tempat menunggu dalam jam 2:30 petang (waktu Mesir) lebih kurang seramai 200 orang


Operasi ke Lapangan Terbang Jeddah

Lama juga kami menunggu di tempat menunggu sampai ada di kalangan dari kami tertidur kerana keletihan, keluar dari tempat menuggu untuk ke tandas serta ambil wudhu untuk solat Asar dengan pelbagai keadaan dan suasana. Akhirnya kami mula berlepas ke Jeddah tetap jam 5:15 petang, dengan keadan kami terpaksa duduk bersila dan rapat-rapat, tetapi makanan tetap disediakan.


Operasi ke Asrama Tabung Haji, Jeddah

Tiba sahaja di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi), kami semua berasa lega, Alhamdulillah kami di sediakan makanan Rangsum Tempur oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Teringat juga saya ketika menuntut di Pondok Moden, Kelantan, semasa dalam latihan Askar Wataniah kami di bekalkan Rangsum Tempur ini ketika latihan di dalam hutan. Selepas hampir 4jam menunggu untuk dapatkan visa, jam 1:15 pagi (waktu Arab Saudi) 7 Feb 2011 kami menaiki bas untuk ke Asrama Tabung Haji. Alhamdulillah kami bersyukur selamat sampai di Asrama Tabung Haji tepat jam 2:00 pagi. Dua jam pula menunggu sebelum masuk ke bilik, tepat jam 4:15 pagi kami semua lena tidur. Insya-Allah saya akan menuliskan pengalaman berada di Asrama Tabung Haji selepas saya tiba di Malaysia. Doakan kami semua selamat (",)


p/s : Waktu Arab Saudi : GMT +3 | Waktu Mesir : GMT +2