Halaman

Konsep Penentuan Hari Kebesaran Islam : Siri 2

Posted on 2.12.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN


Hukum Puasa dan yang berkaitan

Umumnya, masyarakat Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini :-

Ertinya : “Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” – (Riwayat Muslim)

Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matlak. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwim sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.

Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria imkan ar-rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau imkan ar-rukyah yang mengikut syarat berikut :-

Ketika matahari terbenam.

  • Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°
  • dan
  • Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°
  • atau
  • Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam

Asas Pertimbangan Keputusan Perlu di Kekalkan

Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkan ar-rukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam, berdasarkan kepada jam GMT pula Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.


Kesimpulan

Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkan ar-rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang.


Sumber
: Jabatan Mufti Negeri Selangor

: Ustaz Mohd Nor Husain (Pensyarah Kolej Islam Sains dan Teknologi)


Anda ingin download risalah ini sila klik di butang download yang telah disediakan :-

Mimbar Jumaat