Halaman

Sejarah Al-Azhar

Posted on 13.1.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Zaman Pemerintahan Ayubiyyah [567-648H | 1171-1250 M]

Salahuddin yusuf Bin Ayubi ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping member bantuan yang banyak kea rah itu. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti tafsir, hadith, ilmu fiqh, ilmu kalam, bahasa Arab, dan sastera. Di samping itu, ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan. Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajian yang berteraskan ajaran Islam tulen iaitu Ahli Sunnah wal Jama’ah sehingga ajaran Syi’ah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.


Zaman Kerajaan Uthmaniyyah

Buat pertama kalinya, bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir, iaitu pada Januari 1517 M. Hal ini berlak setelah Sultan Salim Berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama lapan bulan sebelum pulang ke Qastantaniah (Pusat Pemerintahan). Kepulangan Sultan Salim bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azhar untuk digunakan bagi mamajukan kota raya yang pesat itu. Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada zaman pemerintahan keturunan Basya, yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan para ulama’ yang disegani dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Pada zaman ini, gelaran as-Sheikh Jami’ al-Azhar yang dianugerahkan oleh khalifah semenjak abad ke-17 M lantas dikekalkan hingga ke hari ini.


Nama-nama Al-Azhar

Jami’ al-Azhar pernah memperolehi beberapa nama dala lipatan sejarah. Pada peringkat pertama, al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya di masjid tersebut. Pada masa ini, ia dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai anak perempuan (puteri) ibu kota tersebut. Menurut Ahmad Mohd ‘Auf seorang penulis al-Azhar pada masa tersebut Jami’ ‘Amru bin al-‘As dikenali sebagai Jam’u al-Jawami’ atau Masjid al-Jami’ atau Taj al-Jawami’. Selepas itu, masjid tersebut ditukarkan namanya kepada Jami’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah S.A.W. Kajian yang dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama yang ketiga ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat.

Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saiditina Fatimah binti Rasulullah S.A.W yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahra’. Namun gelaran ini pulalah diabdikan pada Masjid az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya yang keiga pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam. Kini, masjid yang bersejarah yang dibina oleh Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus (100%) bercorakan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.