Halaman

Pengajian Al-Azhar

Posted on 14.1.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Sejarah pengajian di al-Azhar selari dengan sejarah Jami’ah tersebut telah melalui jika berkelikir dalam perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan Kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syari’ah sebaik sahaja ia dibina dalam tahun 365 H / 975 M setelah mendapat arahan daripada pemerintahan kerajaan Fatimiyyah al-Maiz li Din Daulah, Qadil Quda’ Abu Hassan Alin bin Nukman bin al-Qaitawani. Setalah mendapat nasihat daripada menterinya, Ya’akub bin Kals, ditetapkan pada malam Selasa dan Jumaat, penggunaan Waziriyyah sebagai perbincangan usul Fiqh Syari’ah.

Selepas itu, penambahan madah-madah laindilakukan sehingga institusi tersebut menjadi institusi perama yang membincangkan segala bidang ilmu, dengan cabang-cabamg ilmu yang dipecahkan kepada Ulum Quran,Tafsir, Hadith, Tauhid, Sejarah, Riadhah, Falak, Bahasa, Sastera dan sebagainya lagi. Diadakan juga pembelajaran khusus untuk wanita. Semua ini dilakukan dengan penggemblengan yang sepenuhnya di antara rakyat dan pemerintah, guru-guru, sheikh-sheikh, dan murid-murid untuk menyebarkan ajaran Syi’ah di seluruh pelosok alam. Jawatan yang paling tinggi disandang oleh Da’ie Da’ut.

Walaupun jawatan ini diberikan kepada khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas daripada khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan eberi pandangan bebas. Di bawah kerajaan Ayubiyyah pula, Sultan Salahuddin yang telah Berjaya enghapuskan pengaruh Syi’ah serta telah mengemaskinikan system pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wl Jama’ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab.

Sultan Salahuddin mengalakkan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falak, dan riadhah. Ilmu kesusteraan Arab pula diajar oleh Abdul Latif al-Bagdhadi seorang guru dari Bagdhad yang ijak dalam ilmu kalam, mantiq, dan perubatan. Pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran berbentuk halaqah iaitu seorang sheikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiang masjid dilinkungi oleh murid-murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, sala, dan selawat kepada Rasulullah S.A.W serta diikuti ilmu yang dipelajari.

Sejurus selepas itu, sheikh tersebut akan memperbetulkan kesilapan bacaan dan tulisan murid-muridnya, mengulang pelajaran yang lalu, menyambung pelajaran baru dan diakhiri dengan perbincangan dan soal jawab serta ditutup dengan surah al-Fatihah. Dengan cara ini, para pelajar tidak akan ponteng bagi mengelakkan ketinggalan pembelajaran. Kitab-kitab yang diguakan adalah hasil tulisan tangan perempuan dan adbi-abdi lelaki serta para penulis yang diupah.


Pada zaman pemerintahan Mamalik pula, Jami’ al-Azhar telah mengelakkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti-universiti Islam di Bagdhad telah hancur meninggalkan puing-punig abu rntuhan banguan akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulugo Khan. Air sungai Furat dan Dijlah yang berwarna biru telah bertukat menjadi hitam, kesan tindakan mereka menjadikankitab-kitab Islam sebagai jambatan. Namun, al-Azhar tegak dan kukuh dengan keilmuanna. Selama beberapa ratus tahun semenjak penubuhannya, penekanan terhadap pendidikan wanita telah diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.

Pada tahun 1302 H /1882 M, seorang perempuan dari muhafazah Manufiyyah Fatimah Khalfawiyyah telah mengikuti saudara lelakinya, Sheikh Muhammad Khalfawi ke Ma’ahad Tanta tetapi telah gagal dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Sheikh Dasuki al-Arabi. Pada tahun 1304 H / 1884 M pula terdapat beberapa orang perempuan lagi di Ma’ahad tersebut, seperti Fatimah al-Ghanamiyyah dari Tanta dan Fatimah ‘Audhiyyah dari Mansuroh. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dala pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang al-Azhar pada tahun 1961 M. Pada tahun tersebut, berlaku beberapa perubahan besar dalam pentadbiran al-Azhar. Ma’ahad khas untuk perempuan telah dibina dan tenaga-tenaga pengajar dilantik daripada al-Azhar.