Halaman

Universiti Al-Azhar

Posted on 12.1.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Kaherah merupakan ibu negara Mesir. Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya Bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir iaitu al-Azhar yang terkenal di seluruh dunia ia adalah gedung ilmu.


Universiti Terawal di Dunia

Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka. Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar. Sejak dahulu lagi, al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China, Eropah, India dan lain-lain.

Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah lagi. Mengikut cacatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan Universiti Islam pertama di dunia iaitu al-Azhar. Mengikut lembaran awal sejarah, tertera bahawa tanggl / 969M merupakan satu tarikh agung bagi Negara ini. Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu Negara Mesir.

Lepas kurang setahun selepas itu, 24 Jumadalawal 359H / 4 April 970M, kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Soliqi, seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat, 7 Ramadhan 361 / 22 Jun 972M. Pada hari jumaat yang bersejarah inilah, solat jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan.

Pada tahun 378H / 988M, seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir, Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut dan masjid ini dinamakan Jami’ al-Azhar.


Mercu Azan

Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhar tetap tampakterselah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut. Mercu-mercu ini dibina pada tiga zaman. Mercu di sebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitbay, sementara yang sebelah kanan didirkan pada 1501M oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman Kesultanan Memalik. Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Amir Abdul Rahman. Semenjak itu, kekallah al-Azhar dengan tiga mercu azan. Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil panduan seni tegi zaman kesultanan Islam.


Gempa Bumi di Mesir

Sekitar tahun 702 H / 1315 M satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku. Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Namun kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid al-Azhar dan Madrasah al-Tibrisiah merupakan madrasah pertama yang didirikan.Ia diasakan oleh al-Amir Tibris Bin Abdullah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau dikebumikan di madrasah tersebut.


Matlamat Al-Azhar

Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan baru panjajah Perancis di tanah zaitun ini. Ketua jihad ini terdiri daripada sheikh-sheikh al-Azharyang bersemangat. Antaranya Sheikh Sulaiman Jausuqi dan Sheikh Mauruqi. Tragedi ini berlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussein. Perkara yang menyemarakkan kemarahan ialah pemusuhan ribuan kitab oleh penjajah Perancis. Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemikian rupa. Pada tahun 1800 M, bangkit nabusia berhati singa dari al-Azhar yang bernama Sulaiman al-Halbi dan beliau mengembalikan maruah umat Islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya sekali-kali tidak dimaafkan oleh Islam.

Selepas itu, tercatat sekali lagi sejarah apabila buat pertama kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan Azhari. Muhammad Ali Hakiman, hakim lulusan al-Azhar dilantik pada tahun 1805 M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancing menhina al-Azhar. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis tiga segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasser. Sekali lagi al-Azhar memainkan peranan yang penting. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangan dan harumnya tersebar ke serata dunia.