Halaman

Sejarah Rumah Ku di Mesir

Posted on 23.12.09 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Asrama Darul Aman (1) beralamat di No.3, Block 1, 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt telah saya mula duduki pada hari Jumaat, 25 Zulqaedah 1430H / 13 November 2009M. Ia juga telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 16 Syawal 1400 H / 27 Ogos 1980 M.

Asrama Darul Aman (1) adalah hak milik Kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan Islam Negeri Kedak (YINK). Asrama ini terletak di al-Hayyu al-Saabi’ (Syeksyen Tujuh), Madinah Nasr, berdekatan dengan kampus Universiti al-Azhar (siswi) di al-Hayyu al-Saadis dan diuruskan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) melalui Badan Perumahan dan ditugaskan sepenuhnya kepada Ketua Unit Perumahan serta dibantu oleh jawatankuasa yang lain.

Asrama Darul Aman (1) ini mempunya lima buah apartmen. Sebuah daripadanya dijadikan dewan yang diberi nama Dewan Sheikh Ismail Sodiq al-Adawi, di tingkat 1 dijadikan pejabat pentadbiran Unit Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) MKKK serta perpustakaan, di tingkat 2 dan 3 di huni oleh siswi dan tingkat 4 penghuninya siswa. Dengan 3 buah apartmen ini (tidak termasuk dewan dan pejabat pentadbiran) memuatkan 8 orang siswa dan 16 orang siswi. Sewa bulanan bagi Asrama Darul Aman (1) sebanyak LE 40.00 (tidak termasuk bayaran air dan elektrik) iaitu menyamai yuran yang dikenakan kepada penghuni Asrama Darul Aman (1).

Mengenai hal-ehwal kewangan Asrama Darul Aman (1), ia bersumberkan kepada sewa bulanan, peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah melalui YINK dan derma. Sumber kewangan ini dimanfaatkan untuk kepentingan pentadbiran, pembelian peralatan, membaiki kerosakan dan lain-lain. Kerosakan yang dimaksudkan sebentar tadi ialah kerosakan yang tidak mampu ditanggung oleh penghuni.

Setelah lebih dari suku abad, Asrama Darul Aman (1) juga mengalami beberapa masalah yang setara dengan usianya seperti masalah bilik air yang kurang memuaskan, kerosakan, keretakan dinding, siling yang pecah dan sebagainya. Masalah yang diutarakan ini memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkaitan agar ianya dapat member sumbangan dan kebajikan kepada anak-anak Kedah dalam menempuh alaf baru yang sangat mencabar.

Maka pada tanggal 6 & 7 Jamadilawal 1424H / 6 & 7 Julai 2003M berlaku satu kunjungan Lawatan Kerja oleh YB Dato’ Wira Ku Nahar Ku Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Mufti Negeri, Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah bagi menandatangani Projek Baikpulih Asrama Darul Aman (1). Kemudian pada 4 Jamadilthani 1424H / 3 Ogos 2003M kerja baikpulih Asrama Darul Aman (1) dimulakan oleh Kontraktor Manyalawi.

Lawatan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang diketuai olah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Wira Ku Nahar bin Ku Ibrahim dan diiringin oleh Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Tuan Haji Adzmi bin Din, Timbalan Pengarah Institusi Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurus Sumber Manusia) dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Rombongan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Kunci Asrama Darul Aman (1) kepada MKKK yang diterima daripada pihak Manyalawi Contractor For Engineering and Contracting pada 30 Zulhijjah 1424H / 21 Febuari 2004M. Kemudian, pihak kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk pembelian perabot Asrama Darul Aman (1).

Pada 25 Sya’ban 1426H / 29 September 2005M seramai 29 orang kakitangan Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah telah datang melawat Kaherah, Mesir. Di kesempatan ini pihak pejabat kewangan negeri yang diketuai oleh YB Daro’ Haji Ismail bin Hamid, Pegawai Kewangan Negeri telah membuat perbincangan dan persetujuan dengan pemilik baki Apartmen Asrama Darul Aman (1) untuk membeli baki asrama ini. Pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan satu peruntukan kewangan untuk pembelian tersebut. Urusan pembelian di bawah seliaan Encik Mohd Puzi bin Dahaman, Ketua Censeri Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Asrama Darul Aman 3