Halaman

Teruskan Berlari

Posted on 1.12.09 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Setelah seseorang itu menamatkan pengajiannya sudah tentu terlintas untuk teruskan berlari. Melanjutkan pengajian ke luar negara suatu perkara yang biasa bagi masyarakat kita di Malaysia yang tercinta.

Bumi Kinanah sebuah negara yang sangat strategik. Sebuah negara berada di benua Afrika iaitu Mesir [Egypt]. Sebut sahaja ingin melanjutkan pengajian di Mesir sudah tentu ramai masyarakat kita membasahi lidah dengan menyebutkan Universiti Al-Azhar yang tertua di dunia.

Penulis bersama Ustaz Mohammad Firdaus Bin Mahadi



Kemampuan Diri

Terima kasih saya ucapkan kepada para guru yang banyak memberi ilmu yang memanfaat. Bagi menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat keredhaan Allah SWT perancangan yang rapi dengan terus terbang dari tanah airku ke Bumi Kinanah.

Detik yang bersejarah meninggalkan tanah air tercinta demi menyambungkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Langkah demi langkah menyebabkan bisikan hati makin berdebar serta fikaran menjadi bercelaru sehingga menimbulkan banyak persoalan bagi diri ini :-

1-Adakah aku mampu menjadi orang yang berilmu? Dengan kepulangan ke tanah air esok hari dapat memberikan manfaat kepada umat khususnya umat di Malaysia.

2-Adakah aku mampu menjadi orang yang berilmu? Dengan kepulangan ke bumi kelahiran esok hari dapat memberi panduan mengikut Al-Quran & As-Sunnah yang sebenar.

3-Adakah aku mampu menjadi orang yang berilmu? Dengan kepulangan ke Malaysia esok hari dapat memimpin negara dengan mengikut panduan syari'ah.