Halaman

Restoran Nusantara

Posted on 12.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Sebut mengenai restoran nusantara biasanya masyarakat kita membanyangkan makanan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia sendiri sudah banyak di banjiri oleh restoran masakan Indonesia dan Thailand apatah lagi masakan tradisi ibunda kita iaitu masamkan Malaysia khususnya.

Meneruskan kehidupan selaku perantauan di bumi kinanah yang penuh dengan pelbagai liku-liku kehidupan. Dari memerhati banyak perjalanan hidup di Mesir terutama pelajar nusantara kurang dapat serasikan dengan permakanan di Mesir.

Deria rasa kebanyakan orang nusantara lebih kuat berbanding dari kebanyakan orang timur tengah. Boleh juga dikatakan antara sebab banyak makanan nusantara cukup rasa dengan masam masinnya dan pelbagai lagi. Citarasa ini juga terletak kepada suasana dan keadaan kerana adanya bahan-bahan mentah untuk digunakan.

Beberapa bahan-bahan mentah yang digunakan oleh orang nusantara kebanyakan ada di negaranya tapi tiada di negara timur tengah. Begitu juga bahan-bahan mentah di timur tengah ada yang tiada di negara nusantara.

Berbeza dengan masyarakat di bumi Kinanah ini kebanyakan makanannya jika tawar terlalu tawar dan jika manis terlalu manis. Penilian ini hanya pandangan peribadi sahaja yang tidak berkait dengan sesiapa. Pemerhatian dari masa ke semasa oleh jiwa seorang yang merantau di negara orang.

Sekarang sudah banyak di Malaysia restoran makanan Arab diubah dengan citarasa nusantara. Bagi membolehkan tarikan masyarakat setempat untuk datang ke restoran itu. Alhamdulillah penerimaan masyarakat Malaysia terhadap makanan timur tengah menggalakkan. Citarasanya diubahsuai bagi mencapai keinginan pelanggan.


Gembira dan Mudah

Penyelesaian keinginan untuk merasa makanan dan citarasa masakan ibunda kita ketika di bumi Kinanah ini dapat merasainya dengan adanya restoran nusantara. Terutama di wilayah Kaherah sudah banyak restoran nusantara di buka. Semakin hari ke hari semakin banyak restoran nusantara wujud.

Biasalah ada kelebihan dan kelemahannya. Walaupun restoran nusantara tersergah megah dengan kelebihan banyak menu tapi masa penghatarannya kurang menepati yang sepatutnya. Ini sekadar teguran yang membina membolehkan kita berkhidmat dari baik kepada lebih baik insya-Allah.

Restoran kebanyakan di Mesir kurang yang menyediakan minuman. Malah restoran nusantara mempunyai pelbagai air minuman. Kegembiraan terasa seketika saling menjumpai para sahabat sesama bangsa akan dapat menghilang rasa kesunyian dengan tanpa kelurga di sisi.

Tegur sapa antara kita yang dijalinkan boleh menjadi pengubat rindu di hati. Penempatannya juga agak selesa bagi menjumpai sesame rakan. Kemudahan lain yang terdapat di restoran nusantara penghantaran makanan ke rumah dengan tanpa bayaran. Kemudahan ini dapat di kecapi oleh beberapa pelajar yang tidak ada kesempatan masa untuk berkunjung ke restoran.

Kesudahan terletak kepada diri sendiri mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menyukai mana citarasa adalah perkara ke dua. Perkara yang paling penting carilah makanan yang halal lagi baik bagi jasad kita yang telah Allah ciptakan ini. Allah SWT berfirman :-


Maksudnya :- “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. [Al-Baqarah; 2:168]