Halaman

Menyeru Kebangkitan Rakyat

Posted on 3.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Sheikh Abu al-Huda

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung. Sudah sampai masanya untuk kita tidak boleh duduk berdiam diri.

Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, menghalang mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak rakyat. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah. Maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh penduduk secara berleluasa.

Demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita serta kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak.

KEMPEN PRIHATIN SYRIA

"Kami Peduli Saudara Kami"


Anda ingin mengetahui keselurahan Risalah Khas boleh terus muat turun gambar di bawah dengan hanya klik pada gambar :-



Sumber : Ustaz Muhammad Abdul Malik [Penasihat PMRAM}