Halaman

10 Golongan Diberi keampunan

Posted on 19.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Kehidupan semua makhluk di dunia ini adalah sementara sahaja. Mati akan menemui sesiapa sahaja untuk menuju ke alam lain. Kembali kepada yang Maha Penciptaan iaitu Allah SWT. Amalan baik maka baiklah keputusannya dan buruk amalan kita maka buruklah keputusannya nanti.

Jalan menuju ke beberapa daerah atau wilayah di bumi yang barakah ini. Melorakkan langkah bersama Sheikh Ashraf Hamid al-Hasanin ke Asyout salah satu wilayah di bumi Kinanah. Kali pertama ke wilayah tersebut dengan pelbagai sangkaan berada di fikiran.

Sebelum sampai di Asyout menyinggah diri ke Bahanasa suatu tempat perkuburan para sahabat Rasulullah s.a.w seketika dahulu. Kemudian barulah menuju ke Asyout dengan memakan masa selama tiga hingga empat jam dari Bahanasa.

Setelah tiba di sana, diberi tempat berehat dan sempat menyucikan diri sebelum untuk menghadirkan diri dalam sebuah majlis zikir pada malam itu. Alunan qasidah (syair arab memuji Allah dan Rasul-Nya) diselangi dengan penyampaian ilmu oleh pelbagai Sheikh yang hadir.

Walaupun mata sudah layu menandakan keletihn yang akan menyebabkan tertidur lalu memasuki seorang Sheikh. Sheikh itu dipimpin oleh seorang individu lain bagi tujuan penunjuk arah kepada Sheikh. Mata tercelik, melihat ada seorang Sheikh yang buta akan menyampaikan ucapan.

Sheikh Mahmud namanya diberi dan memulakan penyampaiannya. Mata yang layu tadi sudah terubat dengan ucapannya lantang dan bersemangat. Sambil memerhatikan serta meneliti kata-kata yang cukup teratur dengan lemah lembut dapat merasakan kita teruja akan ilmu yang dia miliki.

Beberapa minit sudah berlalu tiba masanya akhir kata dari beliau. Insya-Allah kita semua akan berada diantara 10 golongan yang Allah SWT telah janjikan segala kempunan serta ganjaran besar. Allah melafazkan kalam-Nya melalui malaikat Jibril a.s kepada umat Nabi Muhammad s.a.w :-


Maksudnya :- “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut nama Allah serta orang-orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. [Al-Ahzab; 33:35]

Ayat ini menceritakan orang-orang Islam lelaki dan perempuan secara umum. Ia juga turut mengisahkan sifat-sifat mereka yang mulia. Perilaku amalan-amalan baiknya yang akan menyebabkan mereka beroleh sebaik-baik balasan apabila dilakukan menurut hukum Allah dan Rasul-Nya.

Di sini telah tersenarai 10 golongan yang Allah telah memberi perjanjian atas segala keampunan dan ganjaran yang besar. Untuk memberi peluang kepada para pembaca yang dihormati bagi menyenaraikan semula 10 golongan yang Allah telah nyatakan.