Halaman

Sejenak ke Rumah Sahabat

Posted on 14.8.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Undangan Sebagai Tetamu

Sejenak berlaku di Bulan Ramadhan yang mulia ini apabila seseorang muslim diajak ke rumah seorang muslim yang lain sebagai undangan, maka hendaklah dia ikut, iaitu menyahut undangan tersebut, ini adalah berdasarkan hadith :-

Sabda Rasulullah SAW :-

Ertinya : " Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke jamuan makanan maka hendaklah dia menjawab (menghadiri undangan tersebut) ".

Di dalam hadith pula Rasulullah SAW ada bersabda :-

Ertinya : " Hak seorang muslim ke atas seorang muslim ade enam… antaranya apabila dia menjemput atau mengundang kamu maka hendaklah jawab 'setuju' ".

Itulah di antara seorang muslim menerima undangan dari seorang muslim yang lain.


Sifat Malu

Sifat berasa malu kerana makan di rumah orang kaya, mari merenung hadith yang di Sabdakan oleh Rasulullah SAW :-

Ertinya : " Tiada perbezaan antara arab dan bukan arab melainkan taqwa ".

Maka apatah lagi antara miskin dan kaya kerana Rasulullah SAW memberikan perbandingan yang lebih luas, maka secara automatiknya perbandingan yang lebih kecil iaitu miskin dan kaya lagilah jelas jika org itu bertaqwa.


Bergurau Memberitakan Kepada Masyarakat

Bergurau pula ada had, ketika dan keadaan, secara amnya kita digalakkan supaya tidak berlebihan dalam bergurau, kerana Rasulullah SAW bersabda :-

Ertinya : " Cukuplah seseorang itu dikira berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengar ".

Perkara sebegini banyak berlaku di dalam masyarakat, seperti seseorang muslim hadir ke rumah seorang muslim yang kaya dan di dengar pula bermacam-macam perbualan mereka lalu dia berasa kerdil kemudian dia menceritakan pula kepada masyarakat sedangkan dia tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Nabi juga ada bersabda :-

Ertinya : " Aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga kepada sesiapa yg meninggalkan bohong walaupun hanya bergurau ".

Hadith ini menerangkan larangan bergurau secara berlebihan kerana kebiasaannya gurauan yang berlebihan akan membawa kepada pembohongan.


Menjaga Kehormatan

Kehormatan di ibaratkan sebagai mahkota yang besar bagi setiap seseorang, dari aspek menjaga kehormatan seorang muslim yang lain, Nabi SAW ada menyebut :-

Ertinya : " Mengutuk seorang muslim adalah satu kefasiqkan dan membunuhnya adalah satu kekafiran ".

Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW menyebut mengenai kehormatan dan kemuliaan seorang muslim ke atas seorang muslim :-

Ertinya : " Seorang muslim haram ke atas seorang muslim iaitu darahnya, hartanya dan kehormatan dirinya ".

Jadi, perkara sebegini tidak boleh dijadikan mainan sesuka hati tetapi perlulah dijaga dan dipelihara bagi setiap muslim.


Sumber : Ustaz Mohamad Hanif Bin Mohamad Zaid