Halaman

Tsunami : Teladan dari Kisah Nabi Nuh AS | Siri 2

Posted on 31.3.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Iktibar

Namun bagi kita hari ini, bagaimanakah sepatutnya kita mengambil pengiktibaran daripada bencana Tsunami? Apakah hanya dengan berfikir tentang usaha mengadakan sistem amaran awal semata-mata Allah SWT masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. Firman Allah SWT:-


Maksudnya :- “ Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah SWT amat keras siksaan-Nya ” [Al-Anfaal: 25]

Tsunami tidak menelan Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. Tsunami tidak mengundang rebah Flat Pekeliling di Kuala Lumpur walaupun gegarannya cukup kuat untuk mendesak penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti ‘Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam’.
Janganlah ‘terlalu saintifik’ sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab.

Penulis


Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:-


Maksudnya :- “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) “


Sumber : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Anda ingin download risalah ini sila klik di butang download yang telah disediakan :-

Mimbar Jumaat