Halaman

Menanti Satu Penyeksaan

Posted on 14.2.13 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

“Menanti satu penyeksaan”. Saban hari menanti sesuatu perkara yang boleh mengembirakan hati ini. Barang tempahan akan tiba di rumah semalam (13 Feb 2013). Hari semakin hari penyeksaan dari tahap satu, dua, tiga dan semakin meningkat.

Menjadi seorang penanti sehinggakan tidak tentu arah. Denyutan jantung bergerak lain daripada biasa. Gemuruh keseronokan timbul dalam diri ini membuak-buak. Melakukan apa-apa kerja sentiasa dalam senyuman tanda hati gembira.

Hati terseksa, itulah sebuah penantian. Akibatnya besar apabila tarikh yang dijanjikan tidak betul-betul tetap. Badan bergetar-getar kemarahan seperti hasutan syaitan sudah menguasai diri.

Buangkan perasaan marah dalam diri jauh-jauh. Hilangkan kemarahan itu dalam fikiran jadikan perkara yang berlaku dari ‘negatif’ kepada ‘positif’. Rasulullah telah memberi pesanan kepada kita supaya “jangan marah”.

Perancangan Allah lebih hebat dari perancangan kita. Takdir sudah ditentukan. Mungkin hikmahnya lebih besar. Penantian semakin terseksa apabila barang yang akan tiba lewat pada tarikh yang dijanjikan.

Apa yang kita inginkan dan memohon kepada Allah. Jika itu baik buat kita maka Allah terima. Jika tidak baik untuk kita maka sebaliknya. Ada kebaikan disebalik kehendak Allah itu.

Senyuman terukir dipipi sendiri kerana kenangkan hikmah yang Allah kurniaankan kepada manusia. Manusia adalah sebaik-baik makhluk sehinggakan Allah ciptakan manusia untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.






Diri berbaik sangka kepada kelewatan barang sampai ke rumah. Kini muka dihiasi dengan ukiran senyum yang manis dengan menerima barang yang sudah selamat tiba. Ipad Mini khas www.ustazimad.com menjadi teman untuk menjadi seorang yang dapat satu sampaikan satu.

Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang terlibat untuk mengusahakan tempahan ini sehingga dapat dicapai oleh tangan penulis www.ustazimad.com. Doakan semoga penulis dapat mengkongsikan penulisan yang lebih banyak dengan kalian semua.