Halaman

Ustaz Hasrizal saifulislam.com Mencuri

Posted on 14.1.13 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Mencuri digambarkan oleh semua masyarakat kita di Malaysia adalah perkara yang negatif. Tanggapan mencuri dari negatif boleh menjadi positif. Semua manusia inginkan kebaikan. Sudah menjadi semulajadi kepada diri setiap manusia dapat merasai yang mana baik dan sebaliknya.

Mengenali Ustaz Hasrizal hanya melihatnya di “youtube”. Beliau juga seorang penulis blog di laman www.saifulislam.com dan bekas pelajar di negara timur tengah, Jordan. Tidak banyak perkenalan terhadap Ustaz Hasrizal.

Ketika berjalan-jalan menziarahi kakak di sebuah perkampungan terlihat satu bangunan batu yang berdiri teguh. Melihat lama akan bangunan itu dan membaca papan tanda dihadapan “Perpustakaan Desa”. Allah mengerakkan hati untuk memasuki bangunan itu dan dalam masa yang sama ingin meminjam buku.


Mencuri Hati

Mula masuk ke dalam perpustakaan desa melihat rak di penuhi oleh pelbagai buku. Cari dan terus mencari untuk menjadi santapan diri. Buku “Murabbi Cinta” sudah menawan hati untuk diambil.

Membuka helaian demi helaian. Buku ini mengajar kita cara berfikir dan membuat pilihan sendiri yang mana baik dan sebaliknya. Penulis buku ini tidak memberi keputusan bahkan memberikan pencerahan untuk kita melakukan keputusan.






Bertapa tajamnya pena Ustaz Harizal sehinggakan diri tercucuk. Ternyata beliau telah mencuri hati ini sehingga ingin terus membaca penulisannya. “Tak kenal maka tak cinta” peribahasa yang sering kedengaran.

Walaupun tidak pernah berjumpa dengan beliau tetapi diri ini dapat merasakan sangat hampir dan dekat. Apabila membaca buku ini seumpama seorang sahabat sedang bercerita kepada diri dan semakin mengenalinya. Salam perkenalan sabahat seislamku.