Halaman

Gagal Bukan Selama-lamanya

Posted on 13.3.12 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Ini kerana, setiap individu berbeza-beza kemampuannya. Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Jika kita melihat betapa dalam dan besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Nah, kasih sayang Allah SWT lebih dalam dan besar dari itu. Mustahil Allah akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.

Tidak akan Allah memudaratkan diri kita jika perkara tidak mampu dilakukan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan kegagalan yang ditimpakan ke atas kita. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Percayakan Allah SWT dan membuangkan perilaku mengeluh serta berputus asa kita.

‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu dihembuskan kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.

Kita mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Selagi belum tiba hari esok selagi itulah kita berpeluang untuk berjaya. Pilihan terletak di dalam genggaman dir kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kebahagiaan dunia dan akhirat kita.


Gagal Itu Satu Anugerah

Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja. Apa yang di maksudkan di sini adalah bentuk kegagalan yang dirasai oleh setiap individu itu. Sebagai contoh, bukan semua pelajar merasai kegagalan dalam peperiksaan.

Oleh itu, pelajar yang gagal tadi akan merasakan lebih bersungguh dan berhati-hati dalam pembelajarannya yang akan datang. Ini kerana dia berlajar dari kegagalan. Tetapi ini tidak bermakna kita wajib gagal untuk berjaya.

Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang. Dengan pernah merasai sesuatu kegagalan itu, kita ingin memastikan orang disisi kita tidak merasainya. Salah satu sebab kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya pada hari akan datang dengan telah merasai kegagalan.

Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintahlah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Doa dengan menggunakan kalam Allah SWT :-


Maksudnya :- “Wahai tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah tugasku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul dari lidahku. Supaya mereka faham tutur kataku”. [Thoha; 20:25-28]