Halaman

Insan Agung

Harga promosi buku Insan Agung : Kelahiran Yang dinanti dengan potongan 10%. Membeli melalui Penulis www.ustazimad.com.

Tupperware Klik

Produk terkini oleh Tupperware Klik dari 2 Julai 2012 sehingga 11 Ogos 2012. Promosi istimewa Hari Raya 2012 Tupperware Klik memberi potongan selepas pembelian mengikut kadar yang ditetapkan.

Hanim Homestay

Hanim Homestay penginapan di Pulau Langkawi. Harga yang berpatutan dengan disediakan kemudahan serta keperluan asas kepada pelanggan.

Mercedes Benz S350

Mercedes Benz S350 untuk dijual kepada yang ingin memilikinya. Anda boleh melihatnya terlebih dahulu melalui gambar yang telah dipamparkan.

CTIM Future Network

Mari membeli buku agama, buku motivasi, buku novel, VCD, minyak wangi dan lain-lain lagi secara online. Membuat belian hanya dihujung jari anda serta dapat menjimatkan masa.

CTIM Collection

CTIM Collection menjadi pemborong barangan dari Mesir. Pengedar barangan CTIM Collection berada di setiap IPTA dan IPTS Malaysia.

Memaparkan catatan dengan label Revolusi 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Revolusi 2010. Papar semua catatan

Selamat Sampai ke Tanah Air

Pengalaman

Secara umum yang ingin saya nyatakan memang cukup merasai rusuhan di Mesir. Sepertimana artikel saya sebelum ini, kami semua diarahkan "perintah berkurung" pada waktu-waktu tertentu mengikut hari, kerana waktu "perintah berkurung" sentiasa berubah mengikut keadaan pada tiap-tiap hari. Hari pertama saya keluar bersama Ustaz Osman pada hari Ahad, 30 Jan 2011 setelah berlaku rusuhan ketika itu, kami berjalan ke Asrama Darul Aman 3 untuk pergi Majlis Pengajiaan, melihat keadaan sangat sunyi serta setiap lorong jalan di bentengi oleh bata-bata, besi, dahan pokok dan pelbagai seumpana keadaan baru lepas berlaku peperangan. Bermula pada keesokan harinya saya tidak keluar rumah, kecuali untuk membeli barang makanan. Selebihnya saya menghabiskan masa dengan hanya berada di rumah.

Cukup berpengalaman setelah berada di Asrama Tabung Haji, Jeddah. Saya berada di sana selama 6 hari, 5 malam. Alhamdulillah selama berada di sana kami semua dibekalkan pelbagai kemudahan seperti makanan, berus gigi, tuala, Wireless (WIFI) dan lain-lain lagi. Kami ditempatkan 20 orang bag setiap bilik. Selama berada di sana saya banyak kali juga berhubung dengan keluarga, guru-guru dan para sahabat yang berada di Malaysia. Setelah 3 hari berada di sana keadaan saya kurang sihat, saya dinasihatkan juga oleh sahabat supaya jangan lupa memakan ubat.

Dengan keadaan kurang sihat saya banyak menghabiskan masa di dalam bilik sahaja dan segala mesej saya tidak menjawab kerana saya berasa sangat malas ketika itu sehinggalah saya tiba di Malaysia keadaan saya masih kurang sihat, tetapi sempat jugalah saya memberitahu keluarga, guru-guru, dan beberapa sahabat yang sudah tiba di Tanah Air walaupun lewat. Saya juga rasa tergamam sedikit apabila tiba di Jakarta kerana kami baru dimaklumkan akan menaiki flight C-130 untuk pulang ke Malaysia, sampai ada seorang sahabat saya memesan kepada saya, "Imad jikalau aku pengsan, kau angkat aku ye", akhirnya Alhamdulillah sahabat dapat bertahan sehingga tiba di Malaysia.

Setiba sahaja saya di Malaysia, saya hanya mampu mesej sahaja untuk memberitahu bahawa saya sudah selamat sampai di Tanah Air kerana kurang sihat dan keadaan tidak mengizinkan disebabkan saya terus bergegas ke Perhentian Bas Bukit Jalil untuk menghantar sahabat saya kerana beliau ingin pulang ke kampung halaman pada malam itu juga. Alhamdulillah beliau telah selamat sampai rumahnya dalam jam 5:30 pagi, pada keesokan harinya (14 Feb 2011). Ketika itu juga saya dapat merasakan betul-betul persahabatan perlulah kerana Allah, janganlah kerana selain dari-Nya.


Terima Kasih dan Mohon Maaf

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yang banyak membantu saya, terutama kepada keluarga, guru-guru, para sahabat dan rakyat Malaysia yang telah banyak solat hajat serta berdoa kepada Allah swt untuk keselamatan kami semua.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua jikalau ada terasa hati dengan saya tidak kiralah ketikamana sekalipun, dengan saya tidak sempat membalas mesej keluarga, guru-guru, para sahabat dan pelbagai lagi. Semua perkara di takdirkan oleh Allah swt, setiap perkara yang kita lakukan biarlah kerana hanya untuk Allah swt.

Rawatan

Setelah keesokan harinya, saya disuruh oleh kakak ipar saya Doktor Wahiza supaya pergi ke klinik Huda di tempat beliau bertugas pada hari tersebut. Saya dapat rawatan oleh beliau dan saya diberi ubat. Alhamdulillah sekarang keadaan saya sudah baik sedikit. Amin...


Operasi dari Jeddah ke Malaysia

Operasi ke Lapangan Terbang Jeddah

Alhamdulillah saya di seneraikan untuk pulang ke Malaysia pada hari Sabtu, 12 Feb 2011. Saya, Ustaz Osman dan Ustaz Kamal dijadualkan menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Jeddah dalam jam 2:30 petang (waktu Arab Saudi). Pada petang ini ada dua penerbangan, KT 21 dan KT 22. Penerbangan KT 21 dari Jeddah terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala penerbangan KT 22 akan transit di Lapangan Terbang Jakarta, Indonesia dan kemudian barulah bertolak ke Malaysia. Kami bertiga tersenarai untuk menaiki Kapal Terbang KT 22, dalam jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi).


Operasi ke Lapangan Terbang Jakarta

Azan maghrib sudah berkumandang, kami baru sahaja berada di tempat menunggu, lebih kurang jam 8:30 malam (waktu Arab Saudi) kami diarahkan untuk menaiki Kapal Terbang Boeing 747. Kami semua seramai 180 orang bersama penumpang lain selamat bertolak ke Jakarta jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi).


Operasi ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang

Kami selamat sampai Lapangan Terbang Jakarta tepat jam 11:00 pagi (waktu Indonesia), kemudian kami dijadualkan untuk bertolak ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dengan menaiki flight C-130 jam 2:00 petang (waktu Indonesia). Penyelarasan terbantut di akibatkan barang kami banyak, hampir setiap orang membawa sebotol air Zam-Zam dari Jeddah, kerana sebenarnya kami lansung tidak di maklumkan yang kami akan menaiki flight C-130 dari Jakarta ke Malaysia, apabila tiba di Jakarta barulah kami mengetahuinya. Proses penyusunan selesai jam 2:40 petang (waktu Indonesia) dan kami semua mula bergerak untuk ke Tanah Air tepat jam 2:50 petang (waktu Indonesia). Ketika dalam perjalanan ke Tanah Air kami semua dibekalkan makanan ringan serta dijamu ayam goreng oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas ketika itu.


Selamat Mendarat

Alhamdulillah kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang jam 6:50 petang (wakru Malaysia). Setelah tiba, kelitihan bukan terhenti di situ, kemudian kami semua perlu beratur untuk pasport kami di cop kemasukan di Malaysia oleh tentera yang bertugas. Hampir jam 8:00 malam (waktu Malaysia) kami semua di bawa oleh bas Universiti Putra Malaysia (UPM) secara bergilir-gilir ke Masjid berdekatan dengan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang kerana orang awam tidak dibenarkan masuk kawasan Kem. Apabila selesai kami semua menunaikan solat di Masjid tersebut. Seterusnya anak-anak Kelantan dan Terengganu terus menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Anak-anak kedah pula akan bermalam di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan keesokan hari barulah pulang ke kampung halaman masing-masing dengan menaiki bas yang juga disediakan oleh Kerajaan Negeri. Akhir sekali saya sendiri di jemput oleh abang dan selamat di rumah Bandar Baru Bangi jam 10:30 malam (waktu Malaysia)



p/s : Waktu Jeddah GMT +3 | Indonesia GMT +7 | Malaysia GMT +8

Operasi dari Kaherah ke Jeddah

Operasi ke Asrama Darul Aman 3

Alhamdulillah nama kami yang menetap di Asrama Darul Aman 1 telah di senaraikan untuk penerbangan dari Keherah ke Jeddah pada hari Ahad, 6 Feb 2011. Kami di maklumkan untuk berkumpul di Asrama Darul Aman 3 pada jam 7:00 pagi (waktu Mesir), dan kemudian terus ke Lapangan Terbang Kaherah. Saya di nasihatkan oleh senior Ustaz Osman, Ustaz Kamal dan Ustaz Najib supaya membawa barang yang penting sahaja kerana di benarkan 7kg bagi seorang termasuk "laptop".


Operasi ke Lapangan Terbang Kaherah

Kami lewat sedikit sampai di Lapangan Terbang Kaherah, kerana jalan yang sesak di sebabkan dengan sekatan jalan oleh askar Mesir. Apabila tiba di Airport dalam jam 9:00 pagi (waktu Mesir) kami di sediakan makanan yang dibawa dari Malaysia. Kami di jadualkan menaiki kapal terbang Charlie-130 (9) pada jam 1:00 tengah hari (waktu Mesir), tepat jam 12:30 tengah hari (waktu Mesir) kami di arahkan untuk masuk "boarding pass", kumpulan kami semua selamat masuk ke tempat menunggu dalam jam 2:30 petang (waktu Mesir) lebih kurang seramai 200 orang


Operasi ke Lapangan Terbang Jeddah

Lama juga kami menunggu di tempat menunggu sampai ada di kalangan dari kami tertidur kerana keletihan, keluar dari tempat menuggu untuk ke tandas serta ambil wudhu untuk solat Asar dengan pelbagai keadaan dan suasana. Akhirnya kami mula berlepas ke Jeddah tetap jam 5:15 petang, dengan keadan kami terpaksa duduk bersila dan rapat-rapat, tetapi makanan tetap disediakan.


Operasi ke Asrama Tabung Haji, Jeddah

Tiba sahaja di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 9:00 malam (waktu Arab Saudi), kami semua berasa lega, Alhamdulillah kami di sediakan makanan Rangsum Tempur oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Teringat juga saya ketika menuntut di Pondok Moden, Kelantan, semasa dalam latihan Askar Wataniah kami di bekalkan Rangsum Tempur ini ketika latihan di dalam hutan. Selepas hampir 4jam menunggu untuk dapatkan visa, jam 1:15 pagi (waktu Arab Saudi) 7 Feb 2011 kami menaiki bas untuk ke Asrama Tabung Haji. Alhamdulillah kami bersyukur selamat sampai di Asrama Tabung Haji tepat jam 2:00 pagi. Dua jam pula menunggu sebelum masuk ke bilik, tepat jam 4:15 pagi kami semua lena tidur. Insya-Allah saya akan menuliskan pengalaman berada di Asrama Tabung Haji selepas saya tiba di Malaysia. Doakan kami semua selamat (",)


p/s : Waktu Arab Saudi : GMT +3 | Waktu Mesir : GMT +2

Operasi Pelan Evakuasi

Menanti Giliran

Operasi Pelan Evakuasi bermula hari Rabu, 2 Feb 2011 kami rakan serumah menanti giliran nama di senaraikan oleh kedutaan untuk kami 9orang bergerak ke Jeddah. Akhirnya 4 hari menanti, kami serumah di senaraikan untuk bergerak ke Jeddah pada keesokan harinya pada hari Ahad, 5 Feb 2011. Hari-hari kami menanti giliran 'Pek Nga' (lempeng kelapa), serunding telur, dan gula menjadi antara menu sarapan.


Persediaan

Kami buat persediaan pada malam sebelum bergerak ke Jeddah, masing-masing sibuk mengemas barang peribadi, kitab-kitab dan pelbagai lagi.
Saya terpaksa meninggalkan barang-barang berharga juga diantaranya kitab-kitab, printer HP deskjet 2050, speaker Pleomax 2000W. Setiap seorang hanya dibenarkan membawa barang hanya 7kg, saya hanya membawa pakaian pun serba satu. Alhamdulillah esok kami akan dijadualkan bertolak ke Jeddah dalam jam 1:30 tengah hari (waktu Mesir) dan kami tidak mengetahui berapa lama berada di Jeddah sebelum kami akan bertolak pula ke Tanah Air.




p/s : Waktu Mesir GMT +2

Ketidakstabilan Mesir

Twitter

Mulanya masalah rusuhan dengan sekatan twitter pada hari selasa, 25 Jan 2011 apabila mendapat maklumat dari surat khabar pada keesokan harinya bahawa twitter kena block di Mesir. Memikirkan juga keadaan mungkin semakin teruk selepas ini sampai twitter kena block.

Rusuhan

Hari jumaat pula ingatkan nak solat jumaat di Masjid Sultan Hassan bersama Ustaz Osman, tengok-tengok internet tidak boleh diakses. Bukan saja internet tidak boleh diakses, line telefon pun tidak ada. Jadi, terpaksa batalkan untuk pergi solat jumaat di Masjid Sultan Hassan. Alhamdulillah mujurlah ada tv di rumah dapat juga mengetahui maklumat yang berlaku di Bumi Anbiya' ini. Line telefon hanya sehari sahaja tidak ada line, tetapi SMS tidak berfungsi hanya boleh buat panggilan sahaja.


Perintah berkurung

Dasyatlah juga masa yang diumumkan bagi perintah berkurung sejak lima hari kebelakangan ini:-

28 Jan 2011 | Jumaat

= 6:00 pm - 7:00 am

29 Jan 2011 | Sabtu

= 4:00 pm - 8:00 am

30 Jan 2011 | Ahad

= 4:00 pm - 8:00 am

31 Jan 2011 | Isnin

= 3:00 pm - 8:00 am

01 Feb 2011 | Selasa

= 1:00 pm - 8:00 am

02 Feb 2011 | Rabu

= 5:00 pm - 7:00 am


p/s : mengikut waktu di Mesir | GMT +2

Tidak lupa juga, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang saling memberi maklumat serta bantuan dan Sheikh Muhammad al-Husori salah seorang guru al-Quran, yang telah menghubungi saya tepat jam 9:04 malam waktu Mesir, supaya saya tidak keluar dari rumah dan berhati-hati kerana keadaan tidak terkawal ketika itu.

Penulis bersama Sheikh Muhammad al-Husori

Pelan Tindakan Evakuasi

Pelan tindakan evakuasi bermula operasi hari ini 2 Feb 2011 oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) :-

  • Modus Operandi
  • Jadual Perjalanan
  • Kriteria Pemilihan Pelajar-pelajar
  • Tindakan yang perlu diambil (isi borang makluman pelajar)
  • Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah
  • Jadual Penerbangan Alexandria / Mansuroh ke Jeddah

Pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:

1. En. Saharudin Hassan

: +2010-500 5338

2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris

: +2010-110 1004

3. En. Muhammad Hazam Hajanan

: +2010-871 4264

4. En. Samsul Kahar Kamarudin

: +2010-538 2715


p/s : Semua maklumat pelan tindakan evakuasi boleh rujuk di Web JPMK