Halaman

Insan Agung

Harga promosi buku Insan Agung : Kelahiran Yang dinanti dengan potongan 10%. Membeli melalui Penulis www.ustazimad.com.

Tupperware Klik

Produk terkini oleh Tupperware Klik dari 2 Julai 2012 sehingga 11 Ogos 2012. Promosi istimewa Hari Raya 2012 Tupperware Klik memberi potongan selepas pembelian mengikut kadar yang ditetapkan.

Hanim Homestay

Hanim Homestay penginapan di Pulau Langkawi. Harga yang berpatutan dengan disediakan kemudahan serta keperluan asas kepada pelanggan.

Mercedes Benz S350

Mercedes Benz S350 untuk dijual kepada yang ingin memilikinya. Anda boleh melihatnya terlebih dahulu melalui gambar yang telah dipamparkan.

CTIM Future Network

Mari membeli buku agama, buku motivasi, buku novel, VCD, minyak wangi dan lain-lain lagi secara online. Membuat belian hanya dihujung jari anda serta dapat menjimatkan masa.

CTIM Collection

CTIM Collection menjadi pemborong barangan dari Mesir. Pengedar barangan CTIM Collection berada di setiap IPTA dan IPTS Malaysia.

Memaparkan catatan dengan label Perubatan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan Islam. Papar semua catatan

Dipermudahkan Urusan

Kisah Nabi Musa AS

Pada zaman Nabi Musa AS, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS pergi kepada Fir’aun kerana Fir’aun adalah seorang Raja yang kejam dan telah melampaui batas. Oleh kerana perkara yang ditugaskan kepada Nabi Musa AS amat besar, maka Nabi Musa AS merayu kepada Allah SWT supaya dilapangkan dada sehingga Nabi Musa AS dapat menghadapi segala rintangan dengan hati yang tabah.

Nabi Musa AS juga memohon kepada Allah SWT supaya beliau menjadi seorang yang fasih (lancar) berbicara, mudah difahami oleh orang ramai dan dapat mematahkan segala hujah-hujah lawan yang batil.[1] Mari sama-sama kita renungkan kisah Nabi Musa AS, kita boleh juga memohon dengan lafaz apa yang di lafazkan oleh Nabi Musa AS di dalam Surah Toha, ayat 25 hingga 28 :-


Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]


Doa Mudah Urusan

Dan kita boleh menambahkan lagi doa ini :-


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."[2]


Sumber :-

[1] Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur'an ; Darul Fikr.

[2] Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ; Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, Edisi Kedua (Dikemaskini)

Bunian dan Khurafah?

Bunian

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal masyarakat Bunian. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadith Rasulullah SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan daripada perkampungan manusia. Golongan Bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai 'Amir atau 'Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.


Khurafah

Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu Rasulullah SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia dapati berada dalam masyarakat seperti manusia tetapi penuh dengan keganjilan.


Pengadilan di alam lain

Khurafah dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntu dia dibalas bunuh. Khurafah dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadlan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.

Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukan hujah dan berkata : "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (Bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita (Bunian) tetapi membunuh musuh di alamnya". Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.


Pertikaian ke atas Khurafah

Apabila berita ini disampaikan kepada Rasulullah, ramai para sahabat mempertikaikannya. Rasulullah SAW berkata :-



Ertinya : "Khurafah (bercakap) benar... [1]

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya Khurafat. Asal istilah Khurafat itu adalah kisah benar daripada individu yang bernama Khurafah.


Kaitan Bunian dengan Manusia

Melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh samakan dengan masyarakat Bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat Bunian adalah satu kelompok masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita yang menyentuh perihal Bunian, perkara ini menjadi satu lagenda masyarakat Melayu. Sehingga kini masyarakat Bunian dikaitkan dengan masyarakat yang beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mengaji al-Quran dan sebagainya.


Kaitan Masyarakat Bunian dengan Jin Islam

Islam mangakui jin islam . Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin. Surah tersebut menyebut bahawa jin mengakui mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban menunjuk jalan yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang Kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat Bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.


Kesimpulan

Dalam masyarakat manusia contohnya, ada yang tidak Islam. Sehinggakan dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasululah di Madinah, itupun wujud golongan munafiq daripada kalangan orang Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik, Islam munafiq dan sebagainya. Tidak mustahil masyarakat Bunian sama seperti masyarakat manusia.

Sumber : Buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus; Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.


------------------------------

[1] 'Ala' al-Din 'Ali ibn Husam al-Din al-Muttaqi al-Hindi al- Burhanfuri (1985), Kanz al-'Umman fi Sunan al-Aqwal wa al-Af'al, Kitab 'Akhlak Min Qism al-Aqwal no. hadith : 8244. Beirut : Mu'assasah al-Risalah, jilid 3, halaman 629.

Makhluk Halus

Istilah Makhluk Halus

Dalam Kamus Dewan, makhluk halus diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, puntianak langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.

Dalam kamus Arab seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sahih dan lain-lain menyatakan makhluk halus ini adalah roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara.

Dalam al-Quran menyebut syaitan atau syayatin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih menyatakan dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, 'Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun.


Dalil Wujud Makhluk Halus

Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan Hadith merujuk kepada wujudnya makhluk halus ataupun roh jahat yang mengganggu manusia dengan pelbagai cara.

Firman Allah swt :-

Maksudnya :- "Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengah kepada yang lain), "Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran." [Al-Ahqaf

Hadith yang sahih daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Sumber : Buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus; Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.