Halaman

Lajnah Wacana 2011 / 2012

Posted on 29.11.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Pengenalan

Lajnah Wacana adalah salah satu alternatif dakwah kepada pelajar yang sedang menuntut di Mesir khususnya untuk anak-anak negeri Kedah Darul Aman. Lajnah Wacana adalah salah satu unit di bawah kelolaan Badan dan Unit Dakwah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2011 / 2012 maka segala penghasilan yang di keluarkan akan disemak serta mendapat kelulusan oleh pihak Badan dan Unit Dakwah, MKKK sesi 2011 / 2012.

Pelaksanaan

Lajnah Wacana akan mengeluarkan satu risalah wajib pada minggu pertama setiap bulan yang diberi nama Sautul Hak, satu Risalah Khas mengenai hari kebesaran Islam dan satu Kata-kata Nasihat yang berbentuk gambar pada minggu ketiga setiap bulan. Sebarang bentuk dakwah yang dihasilkan oleh Lajnah Wacana akan di edarkan ke semua Asrama Darul Aman dan rumah sewa anak-anak negeri Kedah Darul Aman yang berada di Mesir.

Perubahan

Pada kali ini Badan dan Unit Dakwah, MKKK sesi 2011 / 2012 melakukan beberapa perubahan. Dahulu Lajnah Wacana namanya adalah Mas'ul Wacana, kerana Mas'ul Wacana banyak memainkan peranan pada sesi lepas Badan dan Unit Dakwah, MKKK sesi 2011 / 2012 telah melihat Mas'ul Wacana ini bukanlah satu unit yang kecil, tetapi ia banyak memberi manfaat kepada semua terutamanya ahli MKKK, maka Mas'ul Wacana diberikan dengan nama yang baru iaitu Lajnah Wacana sepuya ia akan lebih dapat menawan hati para pembaca.

Mimbar Jumaat, Bicara Hati dan Minda, Risalah Khas dan Takwim Solat untuk kawasan Kaherah adalah beberapa risalah yang di keluarkan oleh Lajnah Wacana pada sesi yang lepas. Pada sesi tahun ini kami memberi nama baru pada risalah yang akan dihasilkan, Sautul Hak, Risalah Khas, Kata-kata Nasihat dan Takwim Solat untuk kawasan Kaherah.

Kami semua berharap agar sama-sama kita mendapat manfaat dan keredhaan dari Allah S.W.T dari segala tingkahlaku kita di dunia dan akhirat. Diharapkan kepada anda semua yang ingin memberikan sebarang cadangan dan pandangan, bolehlah anda terus memberi ulasan di ruang yang sudah disediakan dan juga boleh terus menghubungi :-


Ketua Badan dan Unit Dakwah, MKKK 2011 / 2012

: Mohd Naimul Firdaus

Ketua Lajnah Wacana 2011 / 2012

: Muhammad 'Imaduddin