Hukum Zina dan Menuduh Zina : Siri 3
Posted on 28.4.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN
Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani [atau ujian DNA] bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat [kekeliruan]. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-
“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat [kekeliruan].”
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat Orang Melakukan Zina dan Liwat
1.Baligh, yakin cukup umur mukallaf
2.Berakal
3.Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4.Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5.Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6.Berzina atau berliwat dengan manusia
7.Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Sumber : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Anda ingin download risalah ini sila klik di butang download yang telah disediakan :-

Artikel yang mungkin berkaitan :- Mimbar Jumaat