Halaman

Musim Peperiksa di Universiti al-Azhar | 2011

Posted on 24.1.11 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Sabtu | 9 Jan 2011

Sebelum ini saya banyak memikirkan bagaimana bentuk soalan peperiksaan di Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Akhir ianya sudah terjawab, kerana tanggal 9 Jan 2011 saya pertama kali menduduki peperiksaan di Universiti al-Azhar. Sudah menjadi kebiasaan hari pertama peperiksaan keadaan terlalu kelam kabut disebabkan masing-masing mencari dewan peperiksa serta tempat duduk. Memang tercabar, dewan peperiksaan saya di tingkat 4, apabila peperiksaan bermula tiap calon dikehendaki menyerahkan kad pelajar kepada pengawas peperiksaan masing-masing mengikut dewan. Subjek pertama Tafsir Ayat al-Ahkam, tepat jam 1:30 petang (waktu Mesir) peperiksaan bermula dan keadaan setiap dewan menjadi sunyi. Keadaan menjadi bising sedikit selepas masuknya waktu Asar, kerana ramai calon sudah habis menjawab soalan periksa, satu perkara yang yang telah menarik perhatiaan saya ketika itu, sesiapa sahaja boleh membeli air teh 'O' panas semasa menjawab soalan periksa, ini kali pertama saya melihat dan mungkin tiada Universiti lain pernah berlaku semedikian. Kenapa? boleh juga kerana untuk memanaskan badan, peperiksaan sem 1 di Universiti al-Azhar pada musim sejuk.

Khamis | 13 Jan 2011

Iggah adalah satu makanan rakyat Arab di Mesir. Iggah ini dari acuan dari tepung di gaul sekali dengan telur. Habis peperiksaan subjek ke-2 pada hari rabu, keesokan harinya saya diajak oleh Ustaz Osman bersarapan di depan Universiti al-Azhar.

Jumaat | 14 Jan 2011

Saya serta sahabat serumah kebiasaannya solat Jumaat di Masjid ar-Rahman, berhampiran dengan tempat tinggal kami. Ketika khutbah ke-2 hujan mula turun, di Mesir memang jarang sangat hujan. Selepas sahaja selesai solat Jumaat hujan sudah reda, kemudian saya, Ustaz Kamal dan Ustaz Osman terus ke Restoran Kelantan untuk bersama-sama makan tengah hari, apabila sahaja tiba disana hujan batu pula turun serta guruh, seronok juga tengok hujan batu turun. Hujan tetap berterusan selama 5 hari.


Sebenarnya selepas makan saya dan Ustaz Osman ingin pergi ke pameran kereta di Egypt Expo and Convention Authority (E.E.C.A), Kaherah. Rancangan jadi terbantut seketika, kami terpaksa tunggu hujan reda dahulu, jadi kami akan ke pameran kereta selepas Asar. Alhamdulillah seronok juga pergi ke pameran kereta di sini, harga tiket berpatutan hanya LE 20 (pound Egypt) bersamaan RM 10.30



Ahad | 23 Jan 2011

Alhamdulilah hari ahad, 23 Jan 2011 adalah akhir saya menduduki peperiksaan bagi sem 1 di Universiti al-Azhar. Subjek akhir adalah Tarikh Tashri', subjek ini 3orang pensyarah yang mengajar. Kebanyakan calon akan selesai menjawab soalan peperiksaan sebelum ini mengambil masa dalam 2jam, tempoh yang diberi 3jam, memandangkan hari ini hari akhir peperiksaan bagi tahun 1 Syari'ah, banyak calon hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk menjawab semua soalan. Ish..ish..ish!!! terkejut juga saya dibuatnya. Apa-apa pun saya doakan semuanya mendapat kejayaan, Amin...