Halaman

Pengenalan Wacana Mimbar Jumaat

Posted on 17.10.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN


Wacana Mimbar Jumaat adalah salah satu alternatif dakwah kepada pelajar yang sedang menuntut di Mesir khususnya untuk anak-anak negeri Kedah Darul Aman. Wacana Mimbar Jumaat ini biasanya akan dikeluarkan seminggu sekali pada tiap hari jumaat, ianya akan di edarkan ke semua Asrama Darul Aman dan rumah sewa anak-anak negeri Kedah Darul Aman yang berada di Mesir.

Wacana Mimbar Jumaat ini di tanggungjawabkan oleh Mas'ul Wacana Mimbar Jumaat di bawah kelolaan Badan dan Unit Dakwah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2010 / 2011. Setiap Wacana Mimbar Jumaat yang di keluarkan akan disemak serta mendapat kelulusan oleh pihak Badan dan Unit Dakwah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2010 / 2011.

Kami semua berharap agar sama-sama kita mendapat manfaat dan keredhaan dari Allah S.W.T dari segala tingkahlaku kita di dunia dan akhirat. Diharapkan kepada anda semua yang ingin memberikan sebarang cadangan dan pandangan, bolehlah anda terus memberi ulasan di ruang yang sudah disediakan dan juga boleh terus menghubungi:-

Ustaz Shahir (Ketua Badan Dakwah MKKK 2010/2011) : +2011-6945639

Ustaz Afiq (Ketua Wacana, Badan Dakwah MKKK 2010/2011) : +2014-8478813