Halaman

Jiwa Perantau

Posted on 16.10.10 by MUHAMMAD 'IMADUDDIN

Kata-kata Imam Syafie


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap rehat,
tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan,
berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan

Aku melihat air yang tenang bertakung mencemar kandungannya sendiri,
sekiranya mengalir ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar

Singa sekiranya tidak keluar dari kelompok dunianya nescaya tidak akan liar,
anak panah kalau tidak berpisah dengan busurnya nescaya tidak akan mengena sasarannya.